in ,

Cara Buat Mata Nampak ‘Hidup’ Dan Bersinar

Sumber gambar: refinery29.com

Orang selalu cakap dari mata turun ke hati? Tapi betul ke apa yang mereka cakap itu sebab mata adalah aset atau anggota paling penting yang ada pada diri kita untuk melihat, memerhati dan banyak lagi sebab itu kita perlu jaga kesihatan mata kita. Bukan setakat itu sahaja, selain mata, kawasan mata korang itu pun kena jaga sebab dari situ ia akan tunjukkan penampilan korang pada diri orang lain sama ada korang itu sihat ke, sakit ke, presentable ke tidak dan lain-lain. Jadi, kalau korang ada panda eyes, apa kata korang cuba cara yang akan kami kongsi ini.

HIRISAN TIMUN

Sumber gambar: healthline

Yang satu ini memang mudah sahaja, korang potong sahaja timun itu ikut bentuk lingkaran mata korang dan biarkan selama 15 minit pada mata korang. Jangan terlalu lama letak timun sebab kulit kita semuanya ada limit masing-masing, risau nanti untuk yang kulit sensitif dia bukan jadi lebih elok tetapi meradang.

UNCANG TEH

Sumber gambar: medicalnewstoday

Teh sahaja memang banyak kebaikan untuk badan kita dan bila korang dah buat air teh di rumah itu korang janganlah pula terus buang uncang teh itu terus ya sebab kalau korang selalu tekapkan uncang teh pada mata korang, bukan setakat mata panda korang itu sahaja yang hilang. Malah, bulu mata korang pun lama-kelamaan akan lebih panjang dan lentik secara semula jadi.

SUDU SEJUK

Sumber gambar: daughtersofafrica

Selain dua cara tadi, ini antara cara yang paling mudah dan sekejap untuk korang cuba. Apa yang korang boleh buat adalah masukkan sudu yang selalu korang guna untuk makan di rumah ke dalam peti sejuk. Kalau nak lagi lama sejuknya, korang masukkan dalam peti sejuk yang bahagian beku itu dan nanti korang tekap pada mata sehingga sudu itu jadi suam.

KENTANG MENTAH

Sumber gambar: thegirlscorner

Caranya sama dengan hirisan timun, apa yang korang perlu buat pastikan kentang itu telah dicuci dahulu dan korang potong sahaja kentang itu ikut bentuk lingkaran mata korang nak. Dan letakkan selama 15 minit selepas itu pastikan korang cuci muka.

Nampakkan? Sebenarnya korang tak perlu berbelanja lebih pun untuk pastikan mata korang itu segar sentiasa. Mungkin selepas korang dah cuba salah satu cara ini, mata korang mesti akan nampak lebih segar bermaya sepanjang masa. Tak perlu buat setiap hari pun, cukup korang amalkan dua atau tiga kali seminggu pun sudah memadai. 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

K-Drama Bulan Mac Harus Tonton!

Apa Kena Buat Selepas Dapat Result SPM?