in ,

Cara Buat Kopi TikTok Viral

Sumber gambar: twitter / @aazmeeriskndr

Wowww, ada resepi baru dekat TikTok! Boleh follow ni, macam best je minum air coffee versi TikTok ni!

Siapa dah try Dolgano Coffee yang tengah hangat diperkatakan sekarang ni? Apa komen korang tentang air coffee tu? Sedap ke tak? Kena dengan tekak atau tak? Ainaa belum try lagi sebab Ainaa bukanlah peminat kopi tapi orang kata yang tak minum kopi pun boleh je try sebab tak perlukan kopi pun nak buat air ini. Ehh yeke?

Tapi kalau tak guna kopi, kenapa orang panggil kopi TikTok? Ainaa pun tak sure daripada mana mulanya trend ini which is siapa yang memulakan dulu pun tak sure. Mana tidaknya, sekarang ini kalau bukak semua social media, rasa macam 50% antara mereka tunjuk skill masing-masing buat kopi TikTok.

Even Tee pun dengarnya dah cuba dan dia nampak macam dah obses sangat dengan air itu sebab bila tengok Instastory Instagram dia asyik minum air itu saja, haha! Mungkin dah sampai masanya untuk Ainaa turun ke dapur dan cuba air dolgano coffee ini!

Macam yang Ainaa cakap tadi, tak tahulah siapa yang mulakan resepi air ini tapi yang pasti dia dah berjaya mempengaruhi ramai orang untuk turut serta. Sekarang makin ramai rakyat Malaysia ada bakat untuk menjadi barista. Ini mesti kesan daripada kawalan pergerakan, sampai semua dah berjaya jadi chef dan juga barista.

@dirtyteeteeKinda late but it’s really good 🤓💗 ##tiktokmalaysia ##foryoupage♬ Filter – BTS

Actually bahan yang diperlukan untuk buat dolgano coffee ni simple je dan mungkin semua ni ada dekat dapur rumah korang. Tak payah sibuk nak pergi keluar beli bahan-bahan sebab kalau tak ada satu bahan, boleh cuba bahan lain. Main bahan untuk air viral ni sebenarnya ialah…

-Kopi (tapi kebanyakan orang gunakan nescafe cuma bukan 3 in 1)
-Gula (tak kisah gula putih atau gula perang
-Sulu low fat atau full cream (nak letak susu almond pun boleh, terpulang)
-Air panas
-Ais

See, semua bahan-bahan ni korang memang ada dekat dapur kan? Tak perlu sampai kena beli dekat kedai, takut nanti kena tangkap dengan askar pula! Ohh, satu lagi korang perlukan mixer yang mak korang buat kuih tu. Tapi kalau tak ada benda tu, manual pakai tangan pun boleh je, cuma penat sikit la. Or else korang ada mini mixer yang macam pemukul telur tu, ha pakai je yang tu boleh juga.

Caranya ialah, untuk permulaan kita jangan buat banyak-banyak sangat. Cukup buat anggaran untuk seorang atau dua orang minum pun dah memadai. So, just letak satu sudu kopi dan satu sudu teh gula sahaja. After that, kacau sampai sebati dengan campurkan sedikit air panas supaya kopi dan gula dapat larut bersama-sama. Bila dah larut, tiba la masa untuk korang beraksi supaya kopi bancuhan tu dapat bertukar menjadi foam. Bila dah siap, masukkan ais dekat dalam gelas dan tambahkan setengah susu tadi. Tiba la juga masa untuk korang campurkan foam tadi!

Sekarang, korang dengan rasminya dah jadi barista di rumah sendiri! Bagi parents korang rasa kopi buatan tangan korang tu. Adakah sama dengan kopi yang korang minum dekat Starbucks atau MCD? Kata orang rasanya seakan-akan latte, yeke? Ainaa tak try lagi, ini yang rasa macam nak cuba je! Tapi for those yang memang tak minum kopi, korang jangan terus minum banyak-banyak tau sebab takur kandungan caffeein yang ada dalam kopi tu tak sesuai dengan badan korang. Minum sikit je, sebab ada certain orang lepas minum dolgano coffee ni, dia rasa berpeluh dan sesak nafas. Jangan sampai macam tu tau.

Untuk yang memang tak minum kopi, cuma masih nak juga rasa minuman macam ni, korang boleh tukarkan kopi kepada Milo atau serbuk koko. Caranya masih sama cuma menggunakan main ingredients yang lain sahaja. Refer video yang Ainaa share dekat bawah ni dan follow mana-mana ikut kesesuaian tekak korang.

View this post on Instagram

#quarantineandchill RMO Day 3 This one is for non coffee drinkers & chocolate lovers ♥️♥️🍫🍫 . Hariniiii tak buat apa sangat sooo Ekin belanja video Iced Chocolate satu😋 Sebenarnya nak buat Dalgona version Milo tapi Milo habis dah kat kedai😩😩sedihhh . Ekin improvise jelah guna apa ada dekat rumah ni😅 . Ingredients: . ♥️ cocoa powder ♥️ susu pekat manis ♥️ air panas ♥️ susu ♥️ ais . cocoa powder + susu pekat manis + air panas Ratio dia 1:2:1 ♥️ kalini Ekin buat guna 3sudu koko. . ⚠️⚠️ Kalau korg suka manis, tambah je lagi susu pekat manis tu okay? Sbb koko ni dia pahit sikit tak mcm milo, that’s why ekin guna susu pekat manis instead of gula. Kalau korg buat milo, rasanya pakai gula je instead of susu pekat manis tu⚠️⚠️ . . Pakai cocoa powder ni dia tak foamy langsung, sis jadi stress! So dari nak buat Chocolate Dalgona, jadi Iced Chocolate je. Nasib baik sedap🤪 Korang adjust ikut tekak sendiri okay? Take care everyone! Stay safe, stay home ♥️ . Nanti ekin upload recipe baru lagi~ Doakan ekin dapat stock milo nanti ekin buat version milo pulak tau🙏🏻🙏🏻 . #1hari1recipe

A post shared by FULLTIME MODEL • WANDERLUST (@nabila_asyiqin) on

Ingat, jangan minum selalu ya sebab manis sangat! Takut nanti wabak corona dah habis, diabetic yang datang. Selamat mencuba semua! Ehemm, lepas ini kalau ada sesiapa dekat dalam rumah suruh korang buatkan air, minta upah sikit, hehe! Boleh buat duit tepi lepas buka sekolah nanti.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments