in ,

Cara Buat Hand Sanitizer Selamat Dan Jimat!

Sumber gambar: pinterest.com/juliii2071

Sejak-sejak Covid-19 ini kan, semua orang memang berpusu-pusu beli face mask dan hand sanitizer kan? Pada hal, dulu kalau nak tengok orang beli dua benda ini memang jarang sekali dan kalau ada yang beli pun, jarang guna kan? Tapi ia memang bagus lah sebab semua orang sekarang sudah tahu, betapa pentingnya nak menjaga kebersihan kan? Akan tetapi sekarang ini, memang banyak yang dah sold out, lebih lagi hand sanitizer. Korang tak perlu risau sebab ada seorang warga di Facebook iaitu IR Abdul Rahman Bahasa dia siap kongsi dengan kita tau cara DIY yang mudah untuk kita buat hand sanitizer.

Sumber gambar: pinterest

Kalau korang nak tahu, harga hand sanitizer sekarang ini pun sudah dijual lebih mahal daripada yang sebelum ini mungkin sebab permintaan semakin banyak pun kita pasti tetapi kalau sebelum ini harga hand sanitizer adalah RM 4.90 atau lain-lain, sekarang ia mencecah RM 7.90 ke RM 8.00 walaupun botol kecil itu saja. Memang mahal kan! Ish-ish! Tak apa, nasib baik uncle ini memang baik nak kongsi dengan kita cara mudah dan murah lebih kurang RM 12.00 sahaja, korang perlu beli sterile water dan dettol. Ala, benda itu korang boleh dapat di farmasi atau sahaja.Β 

Sumber gambar: facebook IR Rahman

Cara nak buat ini senang sahaja, sukatan yang diperlukan adalah 20% dettol, 80% sterile water iaitu lebih kurang sukatan untuk korang bancuh bagi DIY hand sanitizer yang 100 ml adalah 20 ml dettol dan sterile water 80 ml. Kalau nak bancuh yang 50 ml pula 10 ml dettol dan sterile water 40 ml. Tak tahu nak agak macam mana kiraan ml? Korang boleh lah beli juga picagari atau any equipment yang boleh sukat itu macam nak sukat makanan waktu mak korang nak masak ke pun boleh.

Sumber gambar: irecommend

Ada lagi pesanan yang dipesan oleh farmasi itu juga, katanya formula hand sanitizer DIY ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak 10 tahun ke atas sahaja tau. Ini sebab faktor ketebalan kulit kita yang berbeza. Dettol itu kesannya agak kuat sebab itu korang kena berjaga-jaga ya. Risau nanti korang main apply dekat adik korang, nanti lain pula kesan pada kulit mereka kan? Lebih lagi yang 10 tahun.

Sumber gambar: WHO

Tapi kalau korang malas sangat nak buat sendiri dan give up cari hand sanitizer di kedai. Korang rajinkan lah diri itu untuk kerap basuh tangan dan mandi ya. Selain itu, korang elakkan juga terdedah di tempat awam okay! Semoga kita semua terhindar dari dijangkiti wabak Covid 19 lah kan? Memang bahaya betul sebab tak ada ubat lagi. Kalau rasa macam nak sakit itu, bawa lah diri korang jumpa doktor okay!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments