in ,

Cara Buat Diri Rasa Happy Bila Lama #DudukRumah

Sumber gambar: Pinterest.com

Urghhh!! Lama sangat duduk rumah, tak boleh jadi ni. Tak pernah lagi duduk rumah je tak ada ke mana-mana.

Tak dinafikan semenjak RMO, ramai yang dah rasa bosan duduk rumah. At the same time ia juga boleh mengganggu tahap kesihatan mana-mana individu yang mempunyai penyakit. Ada certain orang jenisnya kena keluar berjalan-jalan walaupun tak ada sebab yang munasabah untuk keluar.

via GIPHY

Untuk kita yang duduk dengan familyย memang tak ada masalah, tapi apa agaknya yang dilalui dan dirasai oleh orang yang duduk bersendirian jauh daripada keluarga. Mesti mereka bosan sebab nak keluar ke mana-mana pun tak boleh, risau pula ada yang mengalami kemurungan sehingga mengganggu tahap kesihatan mental. Tapi jangan ingat mereka je yang boleh alami perasaan macam itu, silap-silap kita pun boleh ke tahap itu juga tau. So, untuk elakkan daripada kita merasai perasaan kemurungan, kebosanan atau kesunyian, jom kita buat beberapa perkara yang boleh buatkan diri kita happy!

BUAT TO-DO LIST

How To Write A To Do List That You'll Actually Stick To
Sumber gambar: Forbes

Tak kisah pukul berapa korang bangun tidur sepanjang RMO, korang tetap kena buat to-do list setiap pagi. Buat je apa-apa list tentang apa yang korang akan buat pada hari tersebut. Mungkin korang nak kemas bilik, kemas almari, susun buku-buku yang ada, dekorasi bilik or anything else. Perkara itu boleh buatkan korang lupa untuk rasa bosan. Bila ada to-do list, at least korang tahu apa yang korang akan buat hari tersebut. Baru rasa productive, tak rasa bosan asyik main phone dan tengok TV saja.

JAGA MAKAN

via GIPHY

Disebabkan tempoh RMO, mak korang mesti jadi rajin masak sebab semua orang ada dekat rumah. Maka dengan itu kerja korang dekat rumah ialah habiskan makanan yang ada. Tapi still kena makan makanan sihat juga, jangan pula korang pergi order fast foodย walaupun mak dah masak di rumah. Pengambilan makanan yang penuh dengan khasiat vitamin dan mineral merupakan kunci utama dalam segi penjagaan otak supaya ia mampu untuk berfungsi dengan baik sekali. Ainaa yakin, mak korang pun mesti akan masak makanan berkhasiat juga betul tak? Takkan mak kita nak masak makanan tak sihat untuk keluarga pula.

WORKOUT SIKIT

Try This Low-Impact HIIT Workout Routine at Home | Shape Magazine
Sumber gambar: Shape

Jangan ingat korang boleh terlepas daripada kena bersenam sepanjang RMO ya. Tak boleh nak jogging atau ke gym, korang masih lagi boleh untuk bersenam dalam rumah. Korang masih boleh buat small work out seperti squats, tekan tubi atau apa sahaja simple exercise. Ha, nak lagi best ajak satu family berzumba sekali, baru happening zumba ramai-ramai dekat rumah. Search je mana-mana simple zumba di YouTube, then ikut sahaja step mereka. Baru keluar sikit peluh dan berat badan pun dapat dikurangkan juga, hehe! At least aliran darah dalam badan pun dapat bergerak dengan lancar. Korang pun bertambah happy sebab dapat spend time dengan family.

FAMILY TIME

via GIPHY

Waktu dapat berkumpul ramai-ramai mesti korang pun akan rasa rindu dengan Maklong, Pakngah, Maksu atau sepupu korang yang jauh betul tak? Why not video call dengan mereka bersama dengan family korang yang lain. Since masing-masing dekat rumah, bolehย video call beramai-ramai. Mesti happening juga nanti, masing-masing nak bercerita kecoh punya jadinya. Jangan lupa juga tanya khabar dekat atuk dan nenek di kampung, mesti mereka pun rindukan pada anak cucu.

So, jangan rasa bosan dah okay! Buat apa-apa yang boleh buat diri kita gembira, asalkan jangan sedih-sedih! Kalau sedih tak best, lagi pun korang dapat spend time dengan family di rumah.. Jaga diri semua!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Outfit Paling Selesa Korang Boleh Gayakan Walaupun Duduk Rumah

Manfaat Lama Duduk Rumah Yang Korang Mungkin Tak Perasan