in ,

Cara Buat Dessert Paling Senang!

Sumber gambar: www.vecteezy.com

It’s Fri-Yay girls! Korang ada plan menarik tak minggu ni? Kalau tak ada lagi, tak apa! LUNARIA ada benda ‘manis’ nak kongsikan dengan korang! Hihi! Harini special sikit sebab LUNARIA nak kongsikan beberapa resepi buat dessert yang paling senang kacang! Now, jom tengok resepi menarik ini…

KEK MUG!

via GIPHY

Yup! Buat kek coklat dalam mug je girls! Dan cara dia sangat mudah tau! #Lunagirls hanya perlukan 4 sudu serbuk koko, sebiji telur, sesudu gula, sesudu minyak dan semestinya mug! Campurkan kesemua bahan tadi dalam mug dan terus masukkan dalam microwave selama 3 minit! Dannn siap!

JELI KELAPA!

via GIPHY

Yup! Siapa tak suka jeli kelapa! Makan sejuk-sejuk ahh sedapnya! Bahan yang #Lunagirls perlukan ialah serbuk agar-agar, buah kelapa, gula, air dan daun pandan! Campurkan bahan-bahan dalam periuk dan masak di atas dapur sehingga agar-agar menjadi likat. Sementara tunggu agar-agar tadi sejuk, korang potong isi kelapa tadi kecil-kecil untuk masukkan dalam bekas. Then terus masukkan agar-agar yang dah di masak tadi ke dalam bekas dan terus sejukkan dalam peti ais!

KEK COKLAT 2 BAHAN!

via GIPHY

Kalau #Lunagirls suka makan kek coklat, korang boleh cuba buat kek ni! Hanya 2 bahan je korang kena ada, iaitu serbuk koko dan telur! Cara penyediaanya, campur 2 bahan tadi dan gaul sehingga sebati..Letak dalam loyang kek dan terus bakar dalam oven pada suhu 140°C untuk 15 – 20 minit! Dannn siap! Senangkan girls?

Resepi dan cara buat dessert ni sangat mudah untuk #Lunagirls cuba tau! Selamat mencuba girls! Untuk korang yang tak ada masa dan takut buat dessert tak jadi, it’s okay! Fuwari ada buat promotion RM15 cash voucher dekat SuperDeals tau! Ada perisa Fuwari Durian Cheese Cup, Rakuno Caramel Pudding, Fuwari Original Cheese Cup dan macam-macam lagi lah! Sedap kan? Haa korang boleh klik sini untuk terus redeem okay! Enjoy your weekend girls!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments