in ,

Cara Buat Aiskrim Sendiri Di Rumah!

Sumber gambar: Klfoodie.com

Hmm, panas-panas macam ni kalau dapat makan aiskrim mesti best! Lepas makan aiskrim yang sejuk tu, baru la boleh sambung tengok drama TV!

Betul juga tu kan korang! Kalau dapat makan aiskrim ni memang best. Dah la sekarang tengah cuaca panas. Nak keluar pergi mall, mall pun tutup. Duduk rumah tengok TV je la kan, sambil makan aiskrim. Tapi kalau nak makan aiskrim kena keluar beli aiskrim pula kan? Melainkan boleh buat aiskrim sendiri dekat rumah!

via GIPHY

Memang boleh pun buat aiskrim sendiri. Cukup bahan, ada kerajinan, macam-macam jenis dan perasa aiskrim korang boleh buat. Macam yang Ainaa pernah cakap sebelum ni, pada musim Covid-19 ni, ramai orang dah jadi chef. Lagi pula sekarang ni tengah trend buat aiskrim homemade. Korang pun kena la join sekali buat aiskrim dekat rumah. Ainaa ada beberapa resepi aiskrim homemade khas untuk korang yang kebosanan dan teringin nak makan aiskrim tu!

MILO ICE CREAM STICKS

Dekat rumah ada Milo 3in1? Kalau ada, bagus sebab ini ialah bahan utama kita. Tapi kalau tak ada, pergi tanya jiran sebelah mana tahu mereka ada, boleh minta sikit. Nanti habis PKP korang ganti la balik, hehe! Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak dan cara penyediaan pun tak susah juga…

– 5 bungkus Milo 3in1
– 300 ml susu pekat
– 100 ml susu pekat
– Batang aiskrim
– Coklat cair

Campurkan kelima-lima bungkus MILO 3IN1 tu dakat dalam satu mangkuk dan campurkan juga susu segar di dalamnya. Then kacau sehingga sebati kemudian masukkan susu pekat. Make sure jangan buang plastik Milo tadi sebab kita akan gunakannya sebagai bekas aiskrim. Bila dah masukkan Milo kedalam plastik tu semula, letakkan batang aiskrim dan biarkan aiskrim mengeras dalam peti ais selama tiga hingga empat jam. Let say korang tak ada batang aiskrim, boleh juga gunakan lidi sate, tapi buang terlebih dahulu bahagian tajam tu. Once dah keras, korang lalukan coklat cair dekat atas aiskrim Milo tadi. Baru la rasa extra sikit aiskrim korang tu!

AISKRIM VANILLA

Sambil tengok drama Korea tu, teringin pula nak makan aiskrim perisa vanilla, tapi yang ada dekat peti ialah perisa coklat. So, nak taknak korang boleh juga buat aiskrim perisa vanilla ni sendiri dekat rumah. Bahan pun tak banyak sangat.

-1 tin susu cair
– Setengah tin susu pekat
– 1 sudu besar obalette
– 2 penutup esen vanilla
– 1 sudu kecil tepung jagung

Mula-mula, satukan sahaja kesemua bahan di dalam satu bekas besar. Kacau sehingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam blender sekiranya korang tak ada mixer. Blend atau mix sehingga bahan betul-betul pekat dan sebati. Bila dah siap semua tu, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan selama empat atau lima jam. Boleh juga kalau korang nak taburkan biskut Orea yang dah dihancurkan, cip coklat atau apa sahaja bahan tambahan untuk menyedapkan lagi aiskrim homemade korang tu. Confirm lagi sedap daripada yang korang beli dekat kedai tu. Lepas ni buka kedai aiskrim sendiri okay.

AISKRIM MILO TABUR

Tadi kita dah buat aiskrim Milo 3in1, this time Milo tabur pula yang mana rasanya memang sama dengan aiskrim Milo yang korang beli dekat kedai runcit tu. Biasanya harga aiskrim Milo ni agak mahal sebab kita sendiri tahu Milo memang mahal. Tapi daripada habiskan duit beli aiskrim mahal, baik buat sendiri kan? Nak makan pun puas hati. Jom kita buat aiskrim Milo tabur!

– 1 sudu besar ovalette
– 2 sudu besar susu pekat manis (nak manis letak lebih sikit susu)
-1 sudu teh esen vanilla
– Milo secukupnya (lagi banyak Milo lagi sedap)

Caranya mudah, campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati. Kemudian gunakan mixer atau blend untuk memastikan ia lebih sebati dan pekat. Akhir sekali, tuang ke dalam bekas dan tunggu ia sejuk di dalam peti ais. Nak lagi best, taburkan serbuk Milo dekaat atas aiskrim tu dan taburkan juga serbuk tu waktu korang nak makan aisrkim. Pekat tau rasa Milo tu nanti! Betul-betul rasa macam aiskrim Milo yang korang beli dekat kedai.

AISKRIM MALAYSIA

Tak yakin nak buat semua airkrim ni sebab takutkan kegagalan? Jangan risau, kita masih ada aiskrim Malaysia yang sangat mudah cara penyediannya. Korang hanya perlu buat apa-apa jenis air manis yang korang nak ia menjadi aiskrim. Biasanya orang akan buat sarsi, Milo, coklat, oren, sirap limau dan kalau nak best buat aiskrim buah-buahan segar. Buat banyak-banyak kemudian letak dalam peti, bosan je makan aiskrim. AiskrimΒ  Malaysia ni paling mudah untuk korang buat. Minta mak belikan plastik isi aiskrim je.

Korang pun boleh buat bisnes sempena PKP ni. Anak jiran korang mesti akan beli punya aiskrim tu. Kalau nak buat bisnes, make sure korang rasa dulu aiskrim tu supaya rasanya memang sedap. Then baru la kita boleh jual dekat orang!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Karakter Fantasi Yang Selalu Muncul Dalam K-Drama

List Barang Korang ‘Wajib’ Shopping Online Sepanjang PKP