in ,

Cara ‘Buang’ Blackhead Dengan Mudah Dan Jimat

Sumber gambar https://blog.betterorganicskincare.com/blackheads-treatments-causes/

Tak semua orang beruntung ada kulit muka flawless seperti patung lilin.. tapi kalau kulit muka korang sihat dan bebas daripada sebarang jeragat pun dah okay. Tidak kira lelaki atau perempuan, masing-masing akan alami masalah bintik hitam atau blackhead. Bintik- bintik hitam di muka, dahi, pipi, hidung dan kadang kala di badan ini mungkin boleh buat kita rasa terganggu. Ada sesetengah orang rasa kurang bersih dan geram bila tengok banyak bintik hitam di muka.

Sumber gambar thewalkingencyclopedia.com

 Kalau korang nak tahu, cuaca panas akan buat kulit muka berminyak dan menyebabkan korang ada masalah liang pori terbuka dan mudah tersumbat. Kalau dah terbuka, ia senang terdedah dengan kotoran. Bukan itu sahaja, kalau korang tak bersihkan make up dengan betul juga bakal buat sel kulit mati dan debu kotoran yang tak tertanggal pun boleh terjadinya masalah blackhead.

RAWATAN UNTUK BLACKHEAD

Fokus korang sekarang ini untuk kecilkan pori dan bersihkan ia dari kotoran. Selain dari cuci muka guna cleanser dan scrub, korang juga boleh buat treatment untuk hilangkan blackhead. Jangan risau treatment ini senang je, tak perlu pun ke spa, cukup buat di rumah. Yang penting kena rajin buat dan kita perlu lakukan ia dengan konsisten.

AIS

Sumber gambar https://himpunanceritalawak.com/2016/08/tahukah-anda-ais-batu-mampu-merawat.html

Ais adalah cara paling efektif untuk tingkatkan pengaliran darah dan menghilangkan minyak yang berlebihan di muka. Selain itu, ais juga boleh kecilkan pori dan liang muka. Kalau ia kecil tidaklah mudah terlekat kotoran di muka nanti. Caranya mudah je, korang tekapkan ais pada muka selama beberapa minit ataupun korang boleh je basuh muka dengan air berais sekali sehari. Ingat guys, kuncinya kita kena rajin.

PUTIH TELUR

Sumber gambar https://www.elektronischtest.bid/2018/11/membuat-masker-putih-telur-untuk.html

Telur bagus untuk kecilkan pori dan hilangkan minyak. Sebab ia boleh serap minyak yang berlebihan di muka, bukan itu sahaja, kalau untuk jerawat pun boleh. Korang hanya perlu sapukan putih telur di muka dan biar ia kering, lepas itu basuh dengan air. Buat dua kali seminggu, baru boleh nampak kesannya.

TIMUN 

Sumber gambar Cantikalamiah.com

Bagi mereka yang tak tahu, timun boleh kembalikan seri wajah dan kecilkan pori-pori. Yang sunburn sebab terkena matahari pun boleh.  Senang sahaja caranya, korang hanya perlu blend satu biji timun. Lepas itu rendamkan kapas bersih ke dalam air ekstrak timun tadi dan sapu di muka dan biarkan selama 15 ke 20 minit.

Haa apa tunggu lagi, takkan nak tunggu blackhead penuh satu muka baru nak buat? Kita perlu rajin jaga kebersihan kulit supaya kulit nampak sihat dan tidak kusam.Kalau ada yang dah cuba jangan lupa kongsikan keberkesananya dengan LUNARIA. Selamat mencuba!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Check Keperibadian Korang Melalui Cara Bergambar

Drama Korea Romantik Komedi Kaki K-Drama Boleh Layan