in ,

Cara Betul Pakai Sabun dan Hand Sanitizer

Sumber gambar: brandinginasia.com

Ramai panik bila topeng muka habis, hand sanitizer habis dan barang keperluan pun habis. Ramai juga yang mengalami panic attack dan paranoid lebih lagi bila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan perintah kawalan pergerakan di negara kita, betul tak? Ini sebab ramai yang keliru dengan perintah kawalan pergerakan dan juga perintah berkurung atau lockdown. Sebenarnya, korang tak perlu panik dan tak salah pun nak panik tetapi apa yang salah itu, bila korang pergi ajak keluarga korang pergi beli barang keperluan di tempat crowded yang mana risiko untuk korang terdedah kepada pelbagai penyakit adalah lebih tinggi.

Sumber gambar: bawang rangers

Sebenarnya, korang tahu atau tidak dalam perintah kawalan pergerakan ini kita masih boleh keluar untuk membeli barang keperluan dan apa yang penting jangan pergi beramai-ramai dan pastikan korang sentiasa mencuci tangan menggunakan sabun, gunakan hand sanitizer dan kerapkan mandi sekurangnya tiga kali sehari. Kalau korang ingat dan sentiasa praktikkan tiga perkara ini, mungkin risiko untuk untuk dijangkiti rendah.

Sumber gambar: aljazeera

Walau bagaimanapun, masih ramai lagi yang tahu cara sebenar untuk mencuci tangan dan gunakan hand sanitizer dengan betul. Sebenarnya, ada caranya sendiri dan biar LUNARIA kongsikan.. Kalau untuk mencuci tangan, korang tak perlu pun sabun yang banyak. Picit sahaja sabun itu sekali dengan tangan yang basah, dan korang buat sabun itu sampai jadi buih yang tebal. Seterusnya, korang pastikan korang gosok tapak tangan, gosok belakang tapak tangan, bersihkan celah jari korang hadapan dan belakang, gosok bahagian jari korang itu ibarat korang garu-garu, tarik-tarik bahagian ibu jari korang dan bilas dengan air bersih. Nak tahu berapa lama durasi cuci tangan yang betul? Orang kata, nyanyi lagu Happy Birthday dua kali.. Kalau nak nyanyi lagu lain pun boleh, cuma pastikan durasinya lebih 20 saat! 

Untuk penggunaan hand sanitizer pula, apa yang korang perlu buat adalah pun sama. Tidak perlu picit banyak-banyak. Picit sekali sahaja dan apa yang penting korang kena buat dengan cepat dan pantas sebab hand sanitizer mudah kering dengan pantas. Lepas dah picit itu, korang buat jari korang macam nak cubit itu dan tenyeh kiri kanan tangan korang, gosok di kedua tapak tangan dan bersihkan di bahagian celah-celah jari korang. Selepas itu, korang buat fist tangan korang, bersihkan di kiri kanan bahagian fist korang itu dan bersihkan dengan tarik ke bahagian ibu jari korang. Akhir sekali, korang sapu sekali di bahagian pergelangan tangan korang macam korang selalu buat bila pakai perfume.

Sebenarnya, mudah sahaja nak jaga kebersihan diri. Tapi kita mesti tahu cara mana yang betul dan mana yang tidak. Sekarang ini, apa yang korang perlu buat adalah jangan terlalu panik sebab walaupun memang ramai yang semakin paranoid dengan wabak Covid 19 sehingga ada yang terkorban. Kita elakkan sahaja pergi beli barang keperluan secara beramai-ramai, selain itu korang jangan mengeluh bila cuaca semakin panas sebab ada pakar yang menyatakan suhu panas itu mampu cegah Covid-19. Oh ya! Jangan keliru dengan mencegah dan merawat ya di sini. Jadi, kalau korang dah bersih, bila bangun pagi, korang berjemurlah dalam 10 minit macam itu pun dah okay. Zoe harap korang semua sentiasa jaga kesihatan dan stay safe from Covid-19!

via GIPHY

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments