in ,

Cara Berbaik Dengan BFF Lepas Bergaduh

Sumber gambar: https://imgflip.com/memetemplate/92436712/Surprise-Batman

Alaa.. bosanlah pula tak ada kawan nak lepak petang ni.. Hmm..

#Lunagirls pernah bergaduh dengan kawan baik tak? Situasi ini sangat normal.. Kalau dah nama sister or brother from another parents, mestilah pernah gaduh. Sedangkan dengan adik beradik sendiri pun pernah gaduh, ini pula BFF, haha! Okay, kali ini Zoe akan kongsi dengan korang tips untuk berbaik dengan BFF kalau bergaduh, nama pun best friend forever jadi tak perlu pun gaduh lama-lama. 

BELANJA MAKAN

via GIPHY

Siapa saja akan tolak makanan betul tak? Kecuali kalau BFF korang tengah diet.. LOL! #Lunagirl direct saja dekat BFF korang cakaplah “ala, nak merajuk dengan saya lagi ke? Saya tak nak gaduh lagi.. Jom! Saya belanja makan! Cepatlah!” mesti dia nanti tahan senyum dan iya kan saja lepastu tiba-tiba mood dia okay. LOL!

BUAT LAWAK 

via GIPHY

Waktu BFF #Lunagirls tengah merajuk , apa kata korang buat lawak ikut taste lawak dia. Ini sebab bila korang buat lawak, kawan korang mesti akan tergelak dan lupa dengan isu gaduh itu. Walaupun dia cakap “ingat buat lawak saya nak dah okay dengan awak?”. Ha! Kalau dia cakap begitu, maksudnya dia dah okay, cuma ego saja lagi masih menguasai diri. Hehe!

AJAK GADUH LAGI

via GIPHY

Cara ini dia lain sikit, apa kata korang saja ajak gaduh lagi? Lepas itu, bila dua-dua dah penat mesti korang akan automatik penat gaduh dan berbaik sendiri sebab korang berdua mesti akan “ish! Dah lah penat oh bergaduh dengan awak ni!” Bila kita dah biasa bersama, kalau bergaduh hari kita tak rasa lengkap tau..

PELUK KUAT-KUAT

via GIPHY

Bergaduh dan merajuk? Okay, jom kita peluk dia kuat-kuat! Walaupun nampak macam clingy and annoying, peluk saja BFF korang kuat-kuat.. Nanti dia rimas dan mesti dia tergelak dengan gelagat korang yang mengada-ngada itu. Comelnya ada friendship macam korang!

SLOW TALK

via GIPHY

Ini cara paling last boleh cuba kalau semua cara tadi tak kena dengan BFF kalau korang bergaduh hal besar  Why not slow talk dan korang cuba selesaikan masalah korang dan berbaik semula. Iyalah, tak elok tau gaduh lama-lama. So, berbaik semula okay. Cuba ajak jumpa face to face dan buka hati masing-masing untuk minta maaf dan memaafkan.

So, lepas ini apa kata kita kurangkan ambil hati sangat dengan kawan okay? Kita cuba cara-cara ini kalau nak berbaik dengan bff, biar kawan sampai bila-bila gitu~

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

BTS ‘Undur Diri’ Mohon Jangan Ganggu Privasi

Boys Pun Dah Mula Layan TikTok 🎼😜