in ,

Cara Beli Powerbank Online Tanpa Kena Tipu!

Sumber gambar:cnpowerbanks.com

Pergh! Baru minggu lepas beli power bank ni kenapa harini dah rosak pula! Charge sekejap terus panas power bank ni! Confirm kena tipu.

Kena tipu bila beli barang elektronik? Tahniah, kita boleh geng sebab Ainaa pun dah pernah kena tipu waktu beli power bank dekat online shop. That’s why la kita kena berhati-hati supaya tak kena tipu bila beli barang elektronik ni. Dah la tak dapat nak belek barang tu, kira macam ikut nasib la kena tipu ke tak. So check it out macam mana caranya untuk elakkan diri daripada kena tipu waktu nak beli power bank okay…

CHECK ONLINE SHOP

Sumber gambar: Shopee

Belambak akaun online shop yang jual barang-barang elektronik macam tu. That’s why kena berhati-hati bila nak membeli tu. Check feedback daripada previous customer, check berapa bintang yang diberikan oleh customer yang lain. Paling penting, baca komen yang ada. Kalau banyak negative feedback, tak perlu la beli dekat online shop tu. Cari je dekat online shop yang lain. Dekat Shopee atau Lazada kan ada banyak pilihan yang lain, pilih je okay? Yang penting, check background account tu dulu.

KALAU DAH SAMPAI, TEST DULU

via GIPHY

Since barang tu dijual secara online, mesti la kita tak boleh nak check atau test terlebih dahulu. Setiap barang ada tempoh warranty, so test dulu. Biasanya seller akan bagi warranty selama sebulan. In case dalam masa sebelum sebulan tu power bank tersebut dah rosak, korang boleh pulangkan semula dekat seller. Tapi kala lepas tempoh habis warranty baru nak rosak, maksudnya korang memang tak bernasib baik lah. Bertabah okay girls, huhu! Sebab tu la pentingnya check background online shop yang korang nak beli tu,

BELI DEKAT KEDAI TERUS LAGI SENANG

Image result for powerbank kedai
Sumber gambar: twitter

Korang mesti taknak rasa rugi kan kalau dah beli something. Untuk elakkan rasa rugi tu, baik korang terus je beli power bank dekat kedai yang ada. At least kita tahu kalau barang tu fake, boleh pulang kan semula, kalau rosak pun senang je nak minta ganti rugi. Sekarang ni ada banyak sangat kedai yang jual power bank ni. Contohnya paling popular ialah Kedai Ustaz atau Gadget World. Korang boleh pilih berapa ribu mAH powerbank yang korang nak, mengikut budget yang korang ada. Mudah kan girls?

JANGAN SEBAB MURAH, TERUS BELI

via GIPHY

Kita ni kalau boleh beli something dengan harga murah, mesti la kita nak yang paling murah kan. Tapi kalau beli barang elektronik macam power bank ni, takkan nak cari yang paling murah juga? Memang ada harga murah, tapi of course la tak original. Mana ada barang original dijual dengan harga murah, kecuali kalau penghabisan stock je. Ainaa pun pernah je jumpa power bank yang berharga bawah RM30 je. Sebabkan nak beli dengan harga murah, Ainaa pun beli je dan akhirnya barang yang sampai tu fake! Seabb tu la jangan nak berkira sangat ya girls. Risau kalau harga murah sangat boleh membahayakan diri kita, buatnya meletup waktu tengah charge phone, tak ke masalah?

Ainaa harap lepas ni tak ada lagi yang tertipu waktu nak beli power bank ni. Boleh dikatakan yang powerbank ialah salah satu barangan penting yang perlu kita ada. Kalau tak ada power bank, macam mana nak charge phone waktu tengah berjalan kan? Make sure pilih betul-betul jangan sampai kena tipu ya.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Kerja Part-Time Selepas SPM

Spot Boek Untuk Ambil Gambar Profil