in ,

Cara Belajar Mudah Hanya Dengan TV Okey

Sumber gambar: Www.HospitalUniversiti SainsMalaysia.com.my & Instagram @KPM

Mak: Kakak, kalau tak main phone.. awak tengok TV.. Bila nak belajar? Tahun ni SPM jangan lupa..
Me: Ya mak, ni kakak tengah belajar ni.. TV jadi cikgu kakak hari ini..
Mak: Awak bergurau dengan mak ke?

Hampir sebulan kita ‘cuti sekolah’.. korang study tak di rumah? Cikgu ada bagi homework? Dah siap ke belum? Jangan tangguh gais, nanti korang merana.. Sempena #DudukRumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai inisatf telah dilaksanakan oleh mak ayah, cikgu, pihak sekolah dan Kementerian Pendidik supaya pelajar tidak ketinggalan dari segi pelajaran.

Salah satu langkah yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah memperkenalkan Televisyen (TV) Pendidikan khas sepanjang tempoh PKP yang telah bermula semalam. Program TV tersebut diberi nama TV Okey. Korang ada yang dah mula tengok tak? Dengarnya siaran pendidikan tersebut dapat reaksi positif daripada ibu bapa dan pelajar. Syoknya boleh belajar dari TV secara percuma!

Sumber gambar: Btpnsel.edu

Jangan risau gais, lepas ini kalau mak atau ayah marah kita asyik tengok TV.. Korang ajak mereka join korang tengok TV Okey dan belajar sama-sama. Daripada asyik tengok K-drama atau marathon hindustan, apa kata kita belajar together. Program TV Okey akan dilakukan secara berjadual untuk semua pelajar terutama yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jadi, untuk yang bakal mengambil big exam this year, korang haruslah manfaatkan program ini.

via GIPHY

Tak dinafikan sebelum ini kebanyakan cikgu akan share homework atau latihan khas kepada pelajarnya dengan menggunakan aplikasi WhatsApp.. Tapi dengan cara ini jadual dan cara kita belajar akan lebih teratur memandangkan setiap hari akan ada jadual tetap yang akan disediakan. Nanti taklah kita asyik main phone je.. cikgu share homework dekat WhatsApp, kita jawab okay cikgu lepas itu terus lupa nak buat betul tak?

Pelbagai penggunaan visual menarik disediakan untuk tarik perhatian pelajar supaya tak mudah bosan. Belajar melalui TV boleh jimat data dan bateri phone kita.. Boleh juga phone ‘rehat’ buat sejam dua betul tak? Untuk korang yang nak tahu jadual rancangan, boleh dapatkan di laman sesawang https://www.moe.gov.my/ atau di semua platform media sosial KPM. Alang-alang itu jangan lupa follow sekali KPM, nanti lagi senang nak dapatkan update terbaru.

View this post on Instagram

Jangan lupa pagi ini, slot Program TV Pendidikan Kelas @ Rumah. Ada subjek Sejarah bagi yang bakal menduduki SPM dan sebelah petangnya ada subjek Bahasa Melayu untuk Tahun 4. Semoga bermanfaat untuk adik semua!

A post shared by #KementerianPendidikanMalaysia (@kempendidikan) on

Tak rugi pun kalau kita luangkan masa sejam untuk belajar. Lebih lagi jika bakal duduki big exam tahun ini.. Sejuk hati mak bila tengok kita belajar nanti betul tak? Untungnya nanti mak puji kita depan adik beradik lain bolehlah kita bangga kejap, LOL! Kalau korang nak buat sesi belajar lagi best, korang boleh tengok bersama dengan kawan-kawan secara virtual! Nanti bila siaran nak mula, korang video call awan-kawan okay! Barulah ada acah-acah feeling study group.. Korang boleh tengok di saluran Okey. Ia akan bersiaran dua jam setiap hari iaitu sesi pertama pada jam 9.00-10.00 pagi dan sesi kedua jam 1.00 tengah hari-02.00 petang.

Apa pun cara korang belajar, pastikan kerja sekolah siap sebelum mula persekolahan. Kerja sekolah ialah tanggungjawab kita untuk siapkan mengikut waktu yang ditetapkan.. LUNARIA nak pesan jangan leka main phone sahaja sepanjang PKP okay gais! Take care dan selamat belajar!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Situasi Sebenar Terjadi Di Rumah Sepanjang RMO

Roommates Paling Ikonik Dalam Kalangan K-Pop Idol