in ,

Jom Jinakkan Anak Rambut Yang Liar!

Sumber gambar: LUNARIA.COM

Urghhhhh tudung banyak tapi anak tudung yang guna satu je?! Ishh… banyaknya jenis anak tudung orang jual..tapi yang mana sesuai? Alaa.. anak rambut ni pun boleh tahan serabut!

Siapa geng hijabsters #Lunagirls yang selalu ada masalah tak berani nak pakai anak tudung lain selain yang biasa korang pakai? Don’t worry girls sebab hari ni LUNARIA akan senaraikan 4 jenis anak tudung untuk korang cuba!

INNER NECK

Sumber gambar: www.alhumairacontemporary.com

Mostly hijabsters akan ada inner neck sebab senang untuk terus tutup leher! Lepas tu, kalau datang mood malas nak bersiap.. sarung je inner neck then selempang je shawl.. dah settle! Barulah ala-ala effortless beauty.. Hihi!

SNOW CAP

Sumber gambar: mumuscarves.com

Anak tudung jenis snow cap sangat membantu! Sebab kainnya lebih ringan, kemas dan senang je nak bentuk tudung kalau pakai snowcap ni.. Some snowcap ada tali dekat belakang jadi senang la korang nak adjust sama ada nak pakai anak tudung longgar atau ketat..

INNER NECK DAGU

Sumber gambar: http://www.hijab.com.my

Untuk #Lunagirls yang insecure dengan double chin, korang boleh pakai inner neck jenis macam ni kalau nak ‘sorok’ dagu tu… Hehe! Kalau korang jenis muka bulat, boleh la pakai anak tudung ni sebab ia akan buat muka korang nampak lebih kecil..

ANAK TUDUNG SILANG

Sumber gambar: Naelofar Hijab

Haaa, kalau #Lunagirls nak nampak kemas ala-ala Neelofa, boleh la cuba untuk pakai anak tudung jenis macam ni.. Sama je macam snow cap inner, cuma dekat bahagian depan bersilang.. Feeling extra sikit! Hehe! Lagi pun, boleh lah korang explore gaya baru dengan inner silang ni!

via GIPHY

So after  #Lunagirls dah tahu tak nak pakai anak tudung yang mana satu? Kalau korang dah cuba antara 4 jenis anak tudung ni, jangan luupa untuk share gambar selfie gaya baru dengan LUNARIA okay! Selamat mencuba!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Suka Ayam Drumstick, Dia …..

Serap Peluh Ketiak Guna Pantyliner?