in ,

Cantiknya!! Jom Tengok Selebriti Yang Dah Mula Berhijab

Sumber gambar: Instagram Kilafairy / Instagram Ernie Zakri

Wahh cantiknya dah bertudung! Bertambah seri dan cantik muka dia sekarang ini. Boleh dijadikan inspirasi…

Kata orang Hidayah itu milik Allah. Tak kisah siapa pun kita, pasti akan mendapat Hidayah daripada-Nya. Mungkin sebelum ini kita nampak seseorang itu berpakaian terbuka dan hari ini kita tengok dia bertutup litup. Itu membuktikan sesiapa pun boleh berubah ke jalan-Nya.

Macam yang korang sendiri perasan sekarang ini dah ramai selebriti Malaysia mula berhijab. Tak kisah samada pelakon, pengacara atau penyanyi sekali pun. Ada yang mula berhijab sebelum berkahwin, selepas berkahwin, pada bulan Ramadan dan bila-bila masa sahaja. Baru-baru ini pun ada beberapa selebriti yang dah berhijrah. Hari ini LUNARIA nak share sikit dengan korang beberapa selebriti cantik manis.

KILAFAIRY

Siapa sangka pelakon cantik manis Kilafairy atau nama sebenarnyaΒ Syakila Nisha Jangir Khan kini sudah berhijab sepenuhnya baru-baru ini. Apa yang lebih menarik lagi ialah apabila Kilafairy kini juga telah memadam banyak gambarnya tanpa tudung di Instagram miliknya. Hanya terdapat gambar random dan gambarnya ketika menggayakan hijab sahaja. Daripada beribu gambar kini hanya tinggal 300 lebih sahaja. Tetapi apa yang paling menggembirakan ialah apabila Kila juga ada memuat naik video reaksi bapanya ketika mengetahui dia sudah bertudung untuk kebaikannya sendiri. Kebanyakan netizen yang meninggalkan komen berasa begitu terharu dan turut mengalirkan air mata kerana gembira melihat keletah dua beranak itu. Cuba korang tengok gambar Kilafairy, macam anak patung tau bila pakai tudung! Cantik sangat..

ERNIE ZAKRI

Hikmah ‘Stay At Home’ membuatkan penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri mengambil keputusan untuk berhijab. Menurutnya, niat baik itu sudah lama tersimpan di dalam hati tetapi masa sahaja tidak mengizinkan dia untuk berbuat demikian. At the same time, ketika satu dunia sedang dilanda virus Covid-19, Ernie mengambil keputusan untuk bertukar imej dirinya. Sudahlah memang comel, bertambah comel lagi penyanyi lagu Ku Bersuara ini bila pakai tudung. Walaupun ketika ini namanya sedang melonjak naik, Ernie tetap bertahan dengan keputusannya itu. Ramai rakan artis dan peminat turut tumpang rasa gembira dengan perubahan yang dilakukan olehnya. Sekarang pun Ernie nampaknya tengah aktif buat TikTok dengan Syamel. Hari-hari berhindustan!

EYRA HAZALI

Mula bertudung sejak tahun lalu, imej baharu pelakon muda berusia 21 tahun itu. Menurut Eyra, niat untuk berhijab itu sudah lama tetapi disebabkan tiada keyakinan diri dan risau akan kerjaya lakonannya membuatkan dia menangguh dahulu keputusan tersebut. Baginya dia bertudung ialah untuk dirinya sendiri dan bukan kerana permintaan suaminya, Haziq Nazli yang ketika itu masih lagi bergelar tunangnya. Nama Eyra mula melonjak semula selepas dia membintangi drama Mr Grey yang digandingkan bersama pelakon Fendy Bakry. Ketika itu Eyra mengenakan imej gadis bertudung dan mungkin disebabkan itu dia lebih yakin untuk berubah ke arah kebaikan.

LISA SURIHANI

Girl crush since zaman movie Lagenda Budak Setan sehingga sekarang walaupun dah ada dua orang cahaya mata. Lisa sudah pun mengenakan hijab sejak tahun lepas. Dengan imej baharunya itu, Lisa nampak lebih muda walaupun sudah berusia 34 tahun, tetap cantik manis sahaja wajahnya. Lisa mengambil keputusan untuk berhijab selepas pulang daripada menunaikan umrah sekitar tahun lalu bersama dengan keluarganya. Tengok gambar Lisa sekarang, tudung senget pun masih lagi nampak cantik dan muda! Apa agaknyaΒ tips yang dia amalkan ya.

Sebaiknya bila kita nampak seseorang itu berubah ke arah kebaikan, kita doakan mereka untuk kekal istiqomah dalam melakukan perubahan.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebelum Mula Sekolah 24 Jun, Ini Korang Kena Tahu

Crush Please Notice Me Dengan Cara Ini!