in ,

Cantik Cara Jimat! Kita DIY Je..

vkool.com

via GIPHY

#Lunagirls, korang start pakai cleanser umur berapa ya? Kalau korang nak tahu, pada peringkat remaja tak pakai cleanser pun tak apa sebabnya kulit kita muda lagi! Tapi janganlah langsung tak jaga.. kalau boleh bersihkan muka dengan air putih pun dah cukup. #Lunagirls nak lagi best? Jom Ummi ajar buat cleanser dari bahan semula jadi yang ada di rumah!

BUAH APPLE

via GIPHY

Selain boleh dijadikan snack and jus, buah epal juga boleh dijadikan sebagai cleanser! Caranya mudah girls, korang hanya perlu blender satu biji epal, satu sudu yogurt, satu sudu madu dan minyak zaitun! Bila dah campurkan semua bahan, sapu terus pada muka selama lima minit dan bilas. Cleanser apple bagus untuk korang yang mempunyai kulit kering tau!

MADU

via GIPHY

Madu ada banyak khasiat bukan setakat dalaman, tapi luaran juga. Kalau korang nak tahu, cleanser madu  boleh menyingkirkan sel-sel kulit mati kita.. Bukan setakat itu saja, ia juga boleh melembutkan kulit dan melindungi kulit dari cik jerawat yang menyerang! Tapi sebelum apply madu pada muka, korang mesti basuh muka dengan air suam untuk membuka pori-pori, lepas itu sapulah madu dan biarkan selama lima minit. Mesti muka korang akan nampak manis kalah madu! #Tiberr

MINYAK ZAITUN 

Sumber Gambar: https://www.theolivetap.com

#Lunagirls boleh gunakan minyak zaitun sebagai cleanser! Minyak zaitun ini bukan setakat boleh melembapkan kulit muka korang tapi boleh juga menghilangkan sel kulit mati. Hebatkan! Apa yang korang perlu buat adalah campurkan lapan sudu minyak zaitun, empat sudu cuka dan letakkan sedikit air. Mixture ni korang boleh guna untuk keesokan harinya, jimatkan!

GREEN TEA 

Sumber Gambar: https://jpninfo.com

Bagi korang yang selalu terdedah dengan udara luar, green tea adalah bahan yang tepat untuk dijadikan cleanser. Sebab green tea mengandungi antioksidan yang memulihkan kulit dan membebaskan kulit dari debu, asap rokok, asap kenderaan dan apa saja yang terlekat pada muka korang. Cara untuk buat cleanser green tea ini mudah je, campurkan paste green tea bersama air suam. terus sapu dimuka dan biarkan selama beberapa minit, dah siap!

Mudah dan murahkan natural cleanser ni? Semua barang ni senang nak cari sebab mostly dah ada dekat rumah. Jadi korang bolehlah cuba buat D.I.Y cleanser. Mesti kulit korang akan happy sebab dapat khasiat semula! Dan yang penting, Ummi berjaya kekalkan konsep jimat! Hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Guna iPhone Tapi Tak Tahu Tricks Ni?! #Noob

Lepas STPM, Nak Kahwin? Oh No 😱