in ,

Camera Iphone 11 Pro ‘Sama’ Dengan Boba Tea?

Sumber gambar: https://dlpng.com/png/5338396

Wuuhuuu! Macam mana girls? iPhone 11 dah keluar, ada sesiapa dah ready nak buat pre order bulan November nanti? Atau korang langsung tak berminat dengan keluaran terbaru syarikat Apple?

BTW korang dah tengok ke semua design iPhone terbaru bermula daripada iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max? Apa pendapat korang tentang design tu semua? Allahu! Ainaa paling suka warna purple tapi kalau nak dapatkan phone yang itu, kenalah ada duit warna purple banyak-banyak, huhu!

Image result for iphone 11
Sumber gambar

Dalam ramai orang sibuk fikir feature baru yang ada dekat dalam iPhone 11, ramai netizen ambil kesempatan untuk buat meme tentang design terbaru telefon canggih kegemaran ramai ini. Lagi-lagi bila ada sampai tiga lensa kamera untuk ambil gambar. Jom tengok sikit betapa kreatifnya otak rakyat Malaysia dan luar negara sampai kamera pun boleh mereka jadikan meme dan bahan lawak!

PENCUKUR ELEKTRONIK LELAKI

Aduh! Macam mana laa mereka boleh terfikir nak samakan kamera phone dengan shaver lelaki? Alahai memang betul-betul creative otak pengguna Twitter. Tapi girls, kalau perhatikan betul-betul memang ada iras-iras razor pun sebab kedudukan kamera main peranan betul, hehe! Nasib baik kamera itu bukan multi function boleh buat shaver, kalau tak confirm jimat duit boleh guna satu benda untuk dua perkara! Lol!

FIDGET SPINNER

Korang ingat tak tahun 2017, mainan fidget spinner memang popular sampai boleh buat gaduh kalau berebut dengan adik-beradik. Dekat sekolah pula kalau ada mainan ini, korang yang paling hebat antara yang lain. Lagi-lagi kalau budak sekolah rendah, masing-masing nak tunjuk hebat. Tapi kali ini fidget spinner buat comeback dalam bentuk kamera iPhone pula, haha!

BOBA TEA

Sekarang tengah musim boba tea hunting sampai kalau boleh semua kedai boba nak singgah. Lepas ini tak payah susah-susah nak beli boba, tengok kamera iPhone 11 Pro pun dah macam boba juga cuma tak cukup banyak bulat je. Boleh tahan besar juga kamera iPhone 11 Pro sampai nampak macam boba pula! Haihh, kejap laa Ainaa nak pergi cari kedai boba, teringin pula rasanya!

DAPUR MASAK

Dalam banyak-banyak meme yang ada, Ainaa paling tak tahan tengok yang ini. Alahai, kreative betullah siap boleh buat masak lagi ya kamera iPhone 11 Pro. Tahulah memang bentuk kamera flat dan nampak macam dapur masak! Penat tau asyik gelak je tengok meme ini semua, lepas tengok yang part lagilah rasa give up dalam hidup sebab netizen sangat kreatif!

Korang pula rasa macam mana? Ada tak meme lain yang korang rasa sesuai dengan kamera iPhone 11 Pro baru ini? Apa pun, semua hanya gurauan, jangan ambil serious okay!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Jenis Makanan Untuk Ganti Kek Birthday

Jangan Semak Jawapan Lepas Exam Sebab…