in ,

Caklempong ASiS Akan Ke Hong Kong!

Sumber gambar: Instagram @ caklempongasis

Good job boys! #Lunagirls tahu tak Caklempong tu apa? Caklempong ialah alat muzik tradisional dari keluarga idiofon yang menggunakan skel diatonik. Muzik Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat di kalangan masyarakat Minangkabau tau.. Kalau korang nak tahu, ‘Cak’ bermaksud bunyi paluan gendang dan ‘Lempong’ bermaksud bunyi paluan bonang.

Caklempong ASiS terpilih mewakili Malaysia ke festival itu selepas dinobatkan Anugerah Emas ‘Outstanding’ pada sesi pemilihan wakil negara di Sekolah Antarabangsa Nilai pada 25 Mei lalu tau! Mereka juga merupakan Juara Keseluruhan (Anugerah Emas dengan Kepujian) Kategori Caklempong sempena Pertandingan Caklempong dan Gamelan Melayu SBP Kebangsaan 2019!

Munurut guru penasihat pasukan muzik Caklempong Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur atau Caklempong ASiS, cikgu Soraya, mereka bermula dengan hanya tiga alat muzik pada 2008 dan sekarang telah berjaya mengumpul lebih 10 alat muzik tau!

Sumber gambar: Instagram @caklempongasis

Kisah mereka mula mendapat perhatian netizen termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ‘retweet’ video rakaman sekumpulan pelajar bermain Caklempong semalam. Team Caklempong ASiS terpilih mewakili Malaysia ke festival itu selepas dinobatkan Anugerah Emas ‘Outstanding’ pada sesi pemilihan wakil negara di Sekolah Antarabangsa Nilai pada 25 Mei lalu.

Sumber gambar: Instagram @caklempongasis

Mereka merupakan satu-satunya pasukan bukan pelajar Sekolah Muzik Malaysia yang terpilih mewakili negara ke Hong Kong. Merek akan lawan dengan kumpulan dari Hong Kong, Indonesia, Singapura, Korea, Jepun dan Amerika Syarikat dalam kategori World Ensemble tau! Fuhh, power!

Dan sebuah persembahan khas sempena Malam Anugerah Wakil Malaysia ke Hong Kong pada 3 Ogos depan akan berlangsung selain konsert khas pada 21 Ogos! Sekarang kumpulan Caklempong ASiS sedang sibuk mengumpul dana untuk ke Hong Kong!

Sumber gambar: Instagram @caklempongasis

Setakat ini, mereka telah berjaya mengumpul sekitar RM20,000 dan masih memerlukan baki sebanyak RM40,000 lagi! Mereka turut membuat persembahan di majlis korporat dan menjual makanan ringan untuk add on dana tersebut!

Tak sabar rasanya nak tengok kumpulan Caklempong ASiS membuat persembahan di Hong Kong! Kalau #Lunagirls nak tolong dan memberi sumbangan kepada mereka, korang boleh check out social media mereka okay!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ehemm, Ni Idea Port Lepak Study Lepas Kelas…

“Kakak, Tak Payah Nak Annoying Sangat La!!!”