in ,

Cakap Lain, Maksud Lain, Jom Cuba Fahami Girl Language!

Sumber gambar: pinterest.com/oykucerenadr

Selama ini ramai yang juga orang complain, kata yang perempuan ini adalah makhluk yang agak susah nak difahami sebab mereka cakap lain tetapi maksud mereka lain. Hmm, iya ke wahai korang yang girls ini? Korang setuju ke dengan apa yang orang cakap? Kalau ikut pendapat Zoe sendiri, rasanya tak semua perempuan yang macam ini sebab masih ada sahaja yang memang cakap direct sampai orang lain sendiri takut sebab mereka terlalu jujur. Hehe! Walau bagaimanapun, tidak apa sebab kami ada beberapa girls language yang boleh dikongsi untuk korang yang nak faham apa maksud perempuan yang jenis cakap lain tapi maksud lain itu okay! Jom check it out! 

TAK ADA APA

via GIPHY

Bila ada perempuan yang jawab mereka tidak ada apa-apa masalah pada korang. Jangan percaya sebab sebenarnya mereka memang tengah ada masalah yang dia sembunyikan. Cuma dia mungkin macam berat hati nak beritahu korang atau mereka memang korang sendiri yang faham apa yang tak kena. Tapi perempuan pun, korang tak boleh juga jika asyik sangat sembunyi masalah korang. Macam mana orang nak tahu apa yang tak kena kalau mereka tengah clueless macam itu kan?

IKUTLAH…

via GIPHY

Ha…ikutlah mana-mana… Kalau mereka cakap macam ini maknanya mereka sebenarnya sudah menyampah sangat dengan sesuatu. Apa yang selalu mereka buat waktu ini redha saja dan kadang-kadang buatkan orang lain pula yang rasa bersalah kan! Eh! Mana boleh macam itu kan. Haha! Kalau mereka siap beri pakej muka endah tak endah, korang terus saja tanya, ada yang tak kena ke? Kalau ya, percaya atau tidak, mesti mereka akan jawab point nombor satu kami bagi tadi! Haha! 

BIARKAN SAYA SEORANG

via GIPHY

Pernah tak korang tengok perempuan tiba-tiba cakap yang dia nak duduk seorang diri bila ada masalah? Jangan pernah korang biarkan mereka seorang diri sebab sebenarnya dia nak ada orang teman dan tak nak seorang diri dan nak perhatian. Tak dinafikan, ada masa memang mereka memang nak seorang diri tapi biasanya perempuan lebih suka berbual kalau ada masalah.

EMOJI SENYUM 🙂 

via GIPHY

Hati-hati sebab sebenarnya emoji ini boleh membawa maksud lebih dahsyat dari emoji marah. Kalau mereka hantar emoji yang senyum garis itu akan memang lain maknanya tau! Jadi, berhati-hati dengan maksud emoji yang perempuan hantar okay! Hehe! 

OKAY JE…

via GIPHY

Saya okay je… Tipu! Sebab mereka sebenarnya memang tak okay! Kadang-kadang, kita sendiri tak faham kan? Kenapa perempuan ini suka diam-diam dan sorok apa dia rasa. Padahal, kalau dia jujur saja, sekurangnya kita tahu lah kan apa mereka nak? Haha! 

Ha! Mesti korang dah tahu kan sekarang? Selepas ini dah tak perlu nak pening-pening. Korang layan kan saja okay perangai perempuan ini sebab biasa sekejap saja mereka nak kecil hati. Jarang sangat nak jumpa yang merajuk lama-lama, kalau ada yang begitu, baru korang pujuk okay! Kalau tak, korang tanya direct sahaja dekat kawan perempuan korang itu mereka nak apa sebenarnya. Lagi senang! Hehe! 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Drama Best Layan Waktu Bulan Ramadhan

Dah Boleh Tengok IG Live Dan Reply DM Dekat Desktop!