in ,

Cable Charger Korang Legit Ke Fufu Tu?

Sumber Gambar: https://www.payetteforward.com

Selalu Ummi dengar kawan-kawan mengadu pasal cable phone cepat rosak.. Alahai! #Lunagirls beli cable phone original ke atau main beli je yang murah-murah dekat kedai tu? Kalau beli original tak mudah rosak tau, tapi jangan sampai di tipu masa membeli.. kejap lagi pergi kedai depan rumah, abang tu cakap ‘cable ni original dik..’ Haa terus korang beli.. no no okay! Harini Ummi nak bagitahu macam mana nak detect cable original ke tak, lagi-lagi untuk pengguna iPhone!

ADA LABEL

Sumber Gambar: https://support.apple.com

Ha! Ini ada salah satu cara mudah untuk tahu cable tu original atau tak! Cuba #Lunagirls check dekat cable korang guna sekarang ada cetakan “Designed by Apple in California” atau pun dia tulis “Assembled in China/Vietnam”? Jangan lupa check sekali 12 digit serial number yang terdapat di penghujung USB connector okay? Kalau tak ada tulis apa apa, jaga-jaga girls!

HUJUNG CONNECTOR

Sumber Gambar: Twitter @myjoe_

Mungkin agak susah sikit untuk kenal pasti yang ni, tapi original cable lebih kemas dan tersusun (first picture) dan fake cable hujung tidak kemas dan tak consistent (second picture). Boleh refer gambar Ummi sertakan ni okay? Kalau yang fake cable kita boleh nampak hujung connector dia nipis dan agak kecil!

BAHAGIAN USB

Sumber Gambar: Twitter @myjoe_

Cable original akan ada sambungan dan permukaan pada USB yang kemas, rata dan berwarna gold. Tapi cable fake mempunyai sambungan, juga permukaan yang tidak rata dan berwarna sliver. Kalau #Lunagirls nak lebih senang, korang suluh je lampu dekat bahagian dalam USB supaya nampak lebih terang warna dalam tu okay?

JANGAN PERCAYA STICKER

via GIPHY

Setiap kali bila tanya seller “Betul ke ni bang ori” mesti seller akan menunjukkan sticker dekat kotak.. Ala girls, sticker tu boleh je print dekat mana-mana kedai dan tampal! Semua orang boleh buat sendiri dan mengaku tu cable original!

Haa, usha cable korang cepat #Lunagirls! Legit ke fufu cable tu? Kalau tak, korang boleh buang sekarang ya! Hihi! Sebab kalau kita guna cable tak original ni boleh menyebabkan phone korang rosak tau! Nak ke phone korang rosak? Aiyokk.. pening dengar mak kita ‘nyanyi’ nanti!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kawan Kata Fesyen Macam Orang Tua? Try Tips Ini!

Pernah Ada Emergency Kit Tak?