in ,

Cabaran Atau Goals Paling Mudah Nak Buat Tapi Selalu Gagal

Sumber gambar: www.pinterest.com/macaraeg0533

Setiap orang mesti akan ada satu masa di mana kita akan cuba mencabar diri sendiri untuk jadi lebih baik, akan tetapi sebagai manusia biasa. Mesti lah kita akan diuji dengan pelbagai cara, setuju tak? Biasalah itu, kalau nak jadi seseorang yang lebih baik. Sudah pasti, ia akan jadi susah sedikit pada peringkat awal tetapi kalau kita tahan dan jadikan ia sebagai sebahagian gaya hidup kita. Mesti lama-lama, tidak akan ada masalah. Jadi, jom kita tengok. Apa sahaja cabaran atau goals yang sebenarnya mudah saja nak buat tapi ada beberapa orang selalu gagal nak buat! Haha! 

BERHENTI GUNA GAJET

Sumber gambar: pinterest

Ini antara yang paling susah untuk semua orang sebab zaman sekarang, hampir semua orang memang memerlukan gajet dalam kehidupan. Mesti ada di antara korang yang pernah memasang niat untuk sehari nak kurangkan penggunaan gajet, betul tak? Akan tetapi, memang susah sangat sebab semua content di media sosial sekarang ini memang sangat menarik. Haha! Jadi,  mungkin kalau lepas ini korang cuba buat satu jadual untuk terhadkan penggunaan gajet dalam seharian. Mesti korang boleh buat. 

BERCAKAP BAHASA KASAR

Sumber gambar: pinterest

Siapa di sini antara korang yang suka sangat bercakap bahasa kasar atau pun suka mencarut? Ya, setiap kali tahun baru atau pun nak masuk bulan mulia seperti bulan Ramadan. Mesti ramai di antara kita yang selalu set kan diri supaya nak kurang mencarut dan berkata perkataan kasar kan? Tetapi selalu sangat secara tiba-tiba, mulut kita akan terlepas cakap dan terus tersedar diri, betul tak? Lepas ini, mungkin ini korang boleh cuba cara, kalau terlepas cakap bahasa kasar. Korang denda lah diri korang! Hehe! 

BERGOSIP ATAU MENGELUH

Sumber gambar: we heart it

Tidak dinafikan setiap hari kawan-kawan kita mesti akan ada sahaja cerita menarik untuk diceritakan kepada kita. Bukan setakat itu sahaja, setiap hari juga mesti ada di antara korang yang selalu mengeluh dengan diri sendiri dek kerana insecurities kan? Kadang-kadang, bila rasa nak berhenti bergosip dan mengeluh, mesti akan ada anasir jahat yang selalu menguji diri kita macam yang tengah gigih nak stop jadi seseorang yang entah apa-apa. 

MULA DIET

Sumber gambar: pinterest

Walaupun ramai yang berjaya, ada juga di antara kita yang selalu gagal dalam memulakan misi berdiet dan menjalankan gaya hidup sihat. Mesti akan ada orang yang akan cakap, “makan sajalah selagi masih boleh makan…”, “muda-muda ini lah nak enjoy banyak makanan best!”. Setuju tak? Tapi, kalau korang fikirkan semula yang waktu muda ini lah kena jaga, jadi bila dah tua tiada apa-apa penyakit lagi senang nak makan apa sahaja. Pasti korang boleh lakukan misi diet itu dengan baik. 

NAK JADI SEORANG YANG AKTIF

Sumber gambar: pinterest

Setiap hari, walaupun ramai yang tak kisah dengan gaya hidup makan yang banyak. Apa yang penting bagi mereka adalah untuk menjadi seorang yang aktif dalam hidup. Kiranya, bagi mereka menjadi seseorang yang aktif adalah lebih baik daripada kita bermalasan di rumah. Akan tetapi, kadang-kadang disebabkan cuaca dan juga hal lain. Ia membuatkan korang gagal untuk menjadi seorang yang sentiasa aktif. Ala, kalau korang aktifkan diri seminggu tiga ke empat kali pun sudah memadai lah. 

Nampak tak, sebenarnya nak jadi seorang yang lebih baik ini memang akan ada banyak ujiannya. Akan tetapi, kalau korang sentiasa positif dan yakin slowly but surely korang itu akan menjadi suatu hari nanti. Mesti korang boleh buat!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Untuk Masuk Ke Universiti Impian

Atasi Buli Siber Gaya Selebriti