in ,

Cabaran 7 Hari Aktiviti Hilangkan Bosan Untuk Pelajar Sekolah!

Sumber gambar: Lunaria

Bila abang dan kakak sudah masuk sekolah ini dan korang tak masuk sekolah lagi, mesti korang akan rasa bosan sedikit bukan? Jadi, memang khas untuk korang yang masih belajar di sekolah, kali ini apa kata korang cuba ubah gaya hidup yang lebih baik dengan cuba cabaran 7 hari aktiviti bosan di rumah waktu abang dan kakak korang yang kena masuk sekolah itu tengah belajar di sekolah? Boleh lah korang belajar untuk berdikari juga, betul tak? 

ISNIN

Sumber gambar: pinterest

Hari Isnin, korang mungkin boleh mulakan hari dengan membersih dan mengemas bilik korang. Cukup lah dengan bersihkan tilam dan tukar cadar. Cuba isi masa bermain dengan telefon korang selama satu jam sahaja dan lakukan tiga atau empat kebaikan ikut kemampuan korang.

SELASA

Sumber gambar: pinterest

Untuk hari Selasa pula, kenapa tidak korang cuba rajinkan diri untuk volunteer cuci pinggang mangkuk di rumah, cuci baju dan lipat baju. Selepas itu, korang bolehlah isi masa dengan bersenam selama 30 minit. Kiranya, hari selasa adalah hari untuk membakar kalori of the week! 

RABU

Sumber gambar: pinterest

Apa kata, korang cuba belajar selama satu jam pada hari Rabu pula? Selepas korang spend masa dengan belajar selama satu jam, korang boleh lah main telefon korang selama beberapa jam. Untuk beri ketenangan pada hari Rabu juga, korang cuba lah mandi sebanyak 3 kali supaya badan lebih segar.

KHAMIS

Sumber gambar: pinterest

Rancang atau tulis apa cita-cita dan impian korang untuk tahun ini! Selain itu, korang cuba lah cut and remove segala negativiti yang ada di sekeliling korang. Korang juga boleh cuba untuk belajar melalui media sosial seperti Instagram dan Youtube sebab ada banyak yang fun!

JUMAAT

Sumber gambar: pinterest

Jumaat adalah hari paling mulia bagi orang Islam. Jadi, untuk hari Jumaat, apa kata korang cuba muhasabah diri korang dan cuba maafkan setiap orang yang pernah buat salah pada diri korang dan move on!

SABTU

Sumber gambar: pinterest

Sambil berehat dan bersantai di rumah, korang boleh lah cuba buat beberapa syarat untuk mohon biasiswa supaya bila korang nak sambung belajar nanti korang dah tahu informasi.boleh juga jika korang nak ambil tahu tentang kursus yang ditawarkan di universiti sebagai panduan untuk korang capai cita-cita korang. Korang juga boleh cuba untuk makan makanan yang sihat pada hari Sabtu.

AHAD

Sumber gambar: pinterest

Hujung minggu adalah hari paling disukai ramai orang. Jadi, korang boleh lah cuba untuk lebih mengisi masa dengan bersosial di media sosial. Selain itu, hari Ahad ini juga korang boleh lah nak nap banyak kali bagi badan itu lebih rehat.

Ha! Nampak tak senang sangat sebenarnya cabaran ini. Korang sendiri boleh buat dan kalau nak ajak kawan-kawan pun boleh sangat! Nanti boleh lah berborak dengan BFF korang tentang aktiviti yang korang dah isi seharian itu kan? Best tau sebenarnya bila kita buat sesuatu cabaran dan kongsi benda yang baik ini dengan kawan-kawan sebab ia boleh tingkatkan mood korang secara tidak langsung. Hari korang juga akan nampak lebih bermanfaat daripada korang tidak tahu nak buat apa dan bermalasan sahaja sepanjang hari, setuju tak?

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ciri-Ciri Orang IQ Tinggi, Korang Ada Cirinya Tak?

Antara K-Idol Yang Pernah Hidup Susah Sebelum Popular