in ,

Bye Double Chin! Hai Dagu Runcing!

Sumber Gambar: https://twitter.com

Benda yang paling geram time selfie bila nampak “double chin” aduh! Spoil betul.. Tak semestinya badan berisi je ada, girls badan kecil molek pun boleh ada double chin tau! But it’s okay #Lunagirls, jom selesaikan ‘masalah’ ni dengan bersenam, mesti dagu lagi runcing!

THE KISS 

via GIPHY

Cara yang ni senang tau #Lunagirls, macam korang kiss parents korang dekat pipi sebelum pergi sekolah tu je! Caranya korang perlu berdiri sambil mendongakkan kepala pandang siling, lepas tu muncungkan bibir selama 15 saat sebanyak 15 kali. Eh! Yang ni buat dalam bilik tau.. terkejut pula bila orang nampak nanti! Hihi!

STICK IT OUT 

via GIPHY

Yang ni korang jerlirkan je lidah keluar! haip! Jangan buat depan orang ramai, nanti dia ingat kita ejek dia pula.. Haha! Step ni mudah, korang hanya perlu buka mulut luas-luas dan jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan lima. Lakukan sebanyak 10 kali, dan nak lebih fun buat depan cermin!

TONGUE ON TEETH 

Sumber Gambar: https://siraplimau.com

Jaga-jaga kalau nak cuba step yang ni.. takut lalat masuk sebab kita ngangan mulut besar-besar! Ops! Step ni korang hanya perlu nganga mulut luas-luas dan selitkan lidah dibelakang barisan gigi bawah! Kemudian tarik nafas melalui mulut dan keluarkan nafas sambil membuat bunyi ‘ahhh’ selama satu minit. Senangkan?

CHIN SLAP 

Sumber Gambar: https://siraplimau.com

Kalau cara sebelum ni kurang berkesan, #Lunagirls cuba yang ini! Ni betul- betul nak halau segala lemak degil dekat bawah tu.. tapi bukanlah tepuk bawah dagu kuat-kuat, sakit nanti! Apa korang perlu buat ialah tegakkan kepala ke depan dan tepuk bawah dagu! Buat selama 30 saat setiap hari okay!

Semua senaman dan pergerakkan ni senang je #Lunagirls! Korang boleh cuba tau tapi make sure kenalah consistent. Jangan harini buat sekali, esok bangun tidur nak tengok ada perubahan.. alahai memang tak dapat dik oi!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila Tudung Sekolah Tak On Point Boleh Gaduh Sis!

Result SPM Terbaik! Kekurangan Bukan Penghalang!