in , ,

Bunuh Bakteria Dengan Apple Cider Vinegar

Sumber gambar: https://www.hallmarkchannel.com

Apple cider vinegar? Ok ke nak minum ni, masam semacam je, hmm”

Hi #Lunagirls! Apple cider vinegar atau cuka epal memang masam rasanya sebab ia sejenis cuka. Tapiiii… it’s good for your health tau, ia rendah gula dan kurang kalori tak sama macam jus epal dekat supermarket. Bukan setakat itu je, banyak lagi sebenarnya manfaat cuka epal ini untuk diri kita. Ha! Baca artikel Ummi ini kalau nak tahu apa manfaat cuka epal.

TURUNKAN BERAT BADAN

via GIPHY

Kebanyakan orang minum cuka epal ni sebab nak kurus. Memang boleh sangat girls, sebab cuka epal ni boleh buat korang rasa kenyang dan tingkatkan metabolism. Yang paling best, cuka epal ni boleh menurunkan kalori sebanyak 275 kalori setiap hari! Banyak nya! Jadi senanglah gaya hidup sihat kita lepas ini. Kan?

MEMBUNUH JERAWAT

Sumber Gambar: https://www.bustle.com

Korang yang ada jerawat tu, penat kan tonyoh ubat itu dan ini, tapi tak juga  kecut jerawat tu. Apa kata cuba cuka epal ini, sebab ia bersifat antibakteria, mempunyai komponen specific seperti asam aset, laktat dan bermacam lagi yang terbukti boleh melawan bakteria dekat muka korang.

MEREDAKAN ASAM LAMBUNG

via GIPHY

Asam lambung ini terjadi bila korang tiba-tiba rasa mual, perut memulas dan sendawa. Eii! Perit tau rasa perut memulas dengan bercampur mual, jadi kalau korang nak redakannya boleh lah minum cuka epal. Bila masuk ke saluran pencernaan kita, ia akan mencegah asam lambung itu dari terjadi.

REMEDY UNTUK DEMAM

via GIPHY

Sekarang kan tengah musim ramai orang demam sebab cuaca Malaysia tengah panas betul! So, cuka epal ialah salah satu cara yang murah untuk cure demam sebab ia bantu bunuh bakteria/ virus dalam badan kita. Bila dah rasa dedor nak demam tu, korang boleh lah bancuh satu sudu besar cuka epal dengan satu cawan air suam.

Cuka epal ni senang je nak cari kat mana-mana supermarket. Tapi, make sure test dulu tau sebab lain perut lain ragam, takut perut korang sensitif tak boleh terima cuka epal ni. Selamat mencuba!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pernah Tak Dengar Handphone Boleh Pecahkan Dinding?

Nak Tidur Pun Nervous, Takut Berdarah!