in ,

Bundle Di Sekitar Kuala Lumpur Yang Wajib Korang Selam!

Sumber gambar: wanista.com

Penampilan fesyen seseorang memang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Setiap gaya yang ditampilkan setiap tahun itu pun mampu mempengaruhi ramai orang mengikut peredaran zaman. Tapi semua itu tidaklah terlalu penting asalkan si pemakai selesa dengan pakaian yang dipakai pun sudah memadai, setuju tak? Harga pakaian pun sekarang sudah tidak menjadi masalah untuk semua orang sebab kita sudah ada lambakan kedai bundle. Bukan setakat murah, meriah, malah banyak pilihan dan pakaiannya masih lagi dalam keadaan baik dan masih boleh dipakai. Jadi, kami akan kongsi dengan korang beberapa bundle di sekitar Kuala Lumpur yang wajib korang selam sebab mereka ada banyak sangat pakaian bundle yang memang stailo habis! 

BADEN BADEN BUNDLE

Sumber gambar: says

Kalau korang nak tahu, Baden Baden Bundle ini sebenarnya not bad banyak juga lah cawangannya sebab ia ada di Port Dickson dan beberapa kawasan di Lembah Klang. Kawasan bundle di Baden Baden ini memang selesa dan mesra keluarga, jadi bukan setakat korang sahaja boleh shopping, nak ajak mak ayah adik dan atuk nenek pun okay. Kalau paling dekat di Kuala Lumpur, sudah pasti Jalan Genting Kelang, Danau Kota yang paling senang untuk korang dan ia dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 12 malam.

HEAVEN BUNDLE

Sumber gambar: twitter loosoh

Macam Heaven Bundle yang terletak di Shah Alam ini pun sama. Kalau korang tengah cari baju itu, mesti korang lupa yang korang tengah shopping di bundle sebab memang banyak barang berjenama yang masih elok. Sama seperti beberapa waktu operasi bundle lain, mereka beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 12 malam.

JBR BUNDLE

Sumber gambar: mrsenoxis

JBR Bundle ini pula merupakan antara bundle yang paling teratur dan unik. Terlalu banyak pilihan di sini sampai korang pun boleh rambang mata dan  selain itu semua pakaian dibahagikan mengikut department. Ada pakaian lelaki, perempuan, mainan, handbag dan branded items! Sangat rugi kalau tak pergi! Dan korang jangan risau sebab JBR Bundle ini memang ada banyak cawangan di sekitar Lembah Klang seperti Bandar Sri Damansara, Kajang, Shah Alam, Hulu Langat, Balakong dan banyak lagi. Waktu operasinya pula adalah  setiap hari dari 10 pagi hingga 12 malam.

TRIPLE A BUNDLE

Sumber gambar: maisinggah

Triple A Bundle ini pula adalah syurga bagi pencinta kasut Dr Martens terpakai. Kalau korang usha Instagram Triple A bundle, memang banyak pilihan Dr Martens yang Made in England bukan Thailand atau China tau! Pencinta kasut Dr Martens akan faham apa yang kami maksudkan dan ia terletak di Pusat Bandar Wangsa Maju.

JALAN RAJA BOT VINTAGE MARKET

Sumber gambar: masses

Memang rugi untuk korang yang minat bundle tapi tak pernah singgah Jalan Raja Bot yang terletak di Chow Kit. Kalau korang nak tahu, di sini memang ada lambakan penjual pakaian bundle dan korang tidak akan ada sebarang masalah untuk cari pakaian yang korang nak. Harganya pula memang kebanyakan mampu milik dan berpatutan, dijamin korang tidak akan kecewa. Biasanya, mereka akan buka setiap Jumaat dan Sabtu dari 9 malam sehingga 4 pagi. Sambil itu, bolehlah korang singgah makan cendol yang famous area situ.

Walaupun pakaian bundle merupakan baju secondhand, tidak ada salahnya pun untuk sesiapa saja nak cuba beli. Cuba lah korang yang belum pernah beli itu beli, korang boleh ketagih tau! Bukan setakat itu sahaja, kawasan bundle ini pun kebanyakannya lapang dan bolehlah korang cari pakaian yang berkenan di hati sebab memang banyak yang menarik! Jadi selepas ini tak ada masalah lah untuk korang memburu pakaian yang terbaik di bundle.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Jaga Bateri Telefon Korang Dengan Lebih Baik

Sebab Kenapa Orang Lain Sejuk, Tapi Kita Berpeluh!