in , ,

Bulan Ramadan Masa Untuk Berjimat!

Sumber gambar: https://www.getsmarteraboutmoney.ca/plan-manage/planning-basics/saving-money/

Waktu bulan puasa ni segala macam jin dan syaitan dah kena ikat, Ainaa je terlepas hihi.Β This is the right time untuk tengok sama ada selama ni yang jahat tu ialah hasutan syaitan atau diri kita sendiri, hihi! At the same time, bulan Ramadhan juga mengajar kita untuk berjimat-cermat. Since kita tak perlu breakfast dan makan tengahari, mesti banyak duit dapat kita kumpul kan? Dekat bawah ni Ainaa ada idea untuk jadikan korang seorang yang berjimat cermat waktu bulan Ramadhan ni…

BERBUKA DEKAT RUMAH

Sumber gambar: https://www.idntimes.com/hype/entertainment/rully-bunga/makan-alas-daun-pisang

Macam-macam pakej buffet Ramadhan ditawarkan dekat luar sana tak kisah la di hotel atau restoran sekali pun. Daripada korang membazir ajak family berbuka dekat kedai, baik berbuka dekat rumah je. Masak sama-sama satu family, baru la rasa keberkatan di bulan Ramadhan tu sendiri. Nak berbuka dengan kawan? Ajak la diorang buat potluck dengan cara bawa makanan masing-masing then makan dekat area padang ramai-ramai.

SIMPAN DUIT BELANJA

Sumber gambar: https://profhariz.com/5-cara-mudah-menabung-paling-berkesan/

Pergi sekolah mesti parents bagi duit belanja kan? Memandangkan sekarang ni tengah bulan puasa, nak makan pun tak boleh. Apa kata duit yang korang ada tu, simpan je dalam tabung. At least simpan separuh pun jadi la. Tapi kalau nak simpan semua pun okay juga sebab nanti mesti cepat je duit tu menggunung.

BUKA PUASA DEKAT SURAU ATAU MASJID

Sumber gambar: https://www.kaskus.co.id/thread/57568c9596bde6491e8b4568/ternyata-di-arab-ada-keunikan-untuk-menyambut-buka-puasa/

Setiap masjid atau surau akan adakan majlis berbuka puasa bersama dengan semua jemaah, korang pun boleh je berbuka dekat sana. Korang hanya perlu bawa diri je. In case nak berbuka dekat surau atau masjid dekat area rumah, boleh la datang awal sikit dan tolong apa yang patut. Takkan datang nak makan je kan? Lepas berbuka, solat jemaah dan tarawih sekali. Mesti best tau kalau dapat buat macam tu.

BELI BARANG WAKTU SALE

via GIPHY

Bila dah bulan puasa ni, mesti belambak kedai buat sale habis-habisan untuk penghabisan stok dan persediaan untuk Hari Raya Aidilfitri. Time sale la waktu yang sesuai untuk korang shopping sakan dengan family. Lagi best kalau dapat buy 1 free 1, dekat situ korang dah jimat banyak duit. So, jangan shopping sekarang, tunggu nak dekat Raya nanti, baru beli barang persiapan okay?

Banyak je cara untuk kita berjimat waktu bulan Ramadhan ni. Cuma antara nak dengan taknak je sebab semua bergantung pada diri kita sendiri. Apa pun, jangan membazir okay #Lunagirls.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Best Moment Of Avengers: EndGame #SpoilerAlert

Kurang Sebulan Dimuat Naik, β€˜Sumpah’ Nyanyian Naim Daniel Raih Lebih 3 Juta Tontonan