in ,

Bulan Puasa Jangan Malas Nak Exercise Ya!

Sumber gambar: https://gymjunkies.com/workouts-for-lazy-people/

Bulan Ramadhan ni bukan alasan untuk korang tak bersenam ya. Nak sihat kena la maintain bersenam.. Even time korang puasa sebab once tinggalkan senaman, badan senang naik balik..  Ala, bukan lama pun cukup sekadar 30 minit before berbuka dan sejam after berbuka. Dekat bawah ada a few exercise yang boleh korang amalkan waktu bulan puasa…

JOGGING

via GIPHY

Anggarkan berbuka pukul 7:15, around pukul 6 korang dah kena keluar rumah dan mula jogging.  Tak payah pergi jauh, pusing kawasan perumah pun dah memadai sebab nanti tak ada la penat nak balik rumah. Cuma jangan jogging terlalu laju sebab takut nanti korang penat dan pengsan pulak. Asalkan peluh keluar daripada badan, dah okay.. Tak larat exercise hari-hari? Buat seminggu tiga kali pun dah cukup. Jangan lupa pakai kasut yang sesuai bila jogging tu tau, try cari kat Sports Direct, banyak pilihan!

LARI ANAK

via GIPHY

Tak perlu keluar banyak tenaga sebab exercise… Lagipun lari anak ni tak sepenat jogging. Kiranya macam jalan laju la, at least peluh akan keluar. At the same time, boleh hirup udara segar dekat kawasan rumah tu. Nak try buat waktu malam pun boleh, maybe after solat Maghrib waktu nak ke surau tu. Haa, boleh jalan laju-laju pergi surau, senang sikit makanan dalam perut tu proses.

CYCLING

via GIPHY

Pinjam basikal adik korang tu dan ajak gang lain berbasikal berjemaah dekat area rumah. Tak penat pun, korang just kayuh je basikal sambil ambil angin petang. At least jantung korang bekerja keras sikit waktu bulan puasa ni. Cuma jangan kayuh laju sangat, nanti nampak kedai runcit korang singgah pula beli air, hihi..

YOGA

via GIPHY

Tak payah susah susah keluar rumah, buat exercise dalam rumah sambil tengok TV pun boleh tau. Macam yoga.. Ia akan buat badan korang jadi lebih rileks, hilangkan stress dan latih diri jadi lebih fokus. Korang boleh tengok video simple yoga dekat Youtube. Cuba dulu okay girls?

Tak susah pun nak exercise waktu bulan puasa ni. Asalkan korang tahu kemampuan diri dan jangan terlampau paksa sangat nak exercise. Takut nanti pitam pula..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bagi Kad Raya Pun Guna Hujung Jari Je

Percikan Darah Ummi Di Bulan Ramadhan