in ,

Bukan Setakat Pandai Tapi K-Pop Idol Ini Pun Ulat Buku 100%!

Sumber gambar: koreaboo.com

Menjadi seorang K-Pop idol banyak menghabiskan masa dengan berlatih menyanyi, menari dan lain-lain. Memang bukan mudah tau untuk jadi K-Pop idol! Tapi masih ada lagi antara mereka yang tetapi cari peluang dan masa untuk membaca buku sebab bagi mereka buku adalah sumber ilmu yang paling berguna. Jadi, untuk korang yang memang minat K-Pop mungkin korang boleh jadikan beberapa K-Pop idol yang kami nak share ini sebagai motivasi untuk korang berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran sebab mereka bukan sahaja ulat buku 100% tapi mereka pun pandai dalam akademik tau! 

SEOHYUN GIRLS’ GENERATION

Sumber gambar: twitter

Kalau korang nak tahu, ramai yang tahu banyak paparazi yang selalu tertangkap gambar Seohyun yang tak pernah terlepas dengan buku di mana pun dia pergi. Antara genre buku yang dia suka baca adalah buku mengenai self improvement yang ajar untuk jadikan diri kita supaya jadi lebih baik dan bermakna. Seohyun juga pernah suggest beberapa buku yang terbaik seperti Writing Hope With Eyes iaitu kisah tentang atlet Korea yang menghidap penyakit Lou Gehrig. 

JINYOUNG GOT7

Sumber gambar: allkpop

Salah seorang vokalis dari boy group JYP Entertainment ini juga ada hobi atau kegemaran membaca buku. Jinyoung GOT7  suka membaca beberapa buku yang klasik, diantaranya buku karya Ray Bradbury, Ralph Waldo Emerson dan F. Scott Fitzgerald. Selain itu, Jinyoung juga suka membaca buku karya penulis moden, seperti John Green dan Haruki Murakami. 

KIM NAMJOON BTS

Sumber gambar: midnightbts

Selalu dipanggil si sexy brain, RM atau Kim Namjoon BTS memang dikenali sebagai ulat buku yang amat sangat sebab dia memang suka membaca buku sejak sebelum dia debut dengan BTS lagi. Bukan setakat itu sahaja, dia juga ada banyak koleksi buku yang best seller dan selalu merekomendasi buku-buku yang dia baca kepada BTS ARMY. Sekaligus, membuatkan para Namjoon stan pun suka baca buku! Memang bawa pengaruh baik! 

IU

Sumber gambar: twitter

Artis solo yang cantik IU ini pun suka sangat baca buku, lebih lagi novel dengan variasi genre. IU juga mengaku dia suka membaca buku sejak kecil dan dia semakin suka buku sebab mak dan ayah dia sudah ajar sejak kecil. Jadi memang tak perlu nak hairan kalau ini sudah menjadi kebiasaan IU. antara buku yang direkomen oleh IU untuk peminatnya adalah Allain’de Botton’s of Love, Hermann Hesse Demian, Pavane Pour Une Infante Défunte dan banyak lagi. Oh ya, jangan risau semua ini ada versi bahasa Inggeris untuk korang juga.

Ha! Ada tak dalam list  K-Pop idol yang pandai dan ulat buku di sini yang memang bias korang? Macam Zoe sendiri sudah tentu Namjoon BTS, IU dan Wendy Red Velvet! Hehe! Cuba kongsi dengan kami lagi siapa bias korang yang suka baca buku dan memang pandai dalam akademik, mana tahu ada yang Zoe terlepas pandang ke? Komen di bawah okay! 

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments