in ,

Budak 16 Tahun Celebrate Birthday Di Hotel?

Sumber gambar: Twitter.com/jannahraz

Geng.. tahun ni birthday kau celebrate dekat mana? Aku tahun ni crush aku nak celebrate dekat hotel!

Amboi amboi, bukan main ya celebrate birthday dekat hotel! Korang pergi celebrate parents tahu tak? Atau korang cakap ada kelas tuisyen dekat parents tapi hakikatnya pergi celebrate birthday dekat luar? Lain macam celebrate birthday zaman sekarang ini. Dulu waktu Ainaa sekolah, paling teruk pun kawan-kawan akan baling tepung campur dengan telur then simbah air sampai basah! That time memang nak rasa marah sebab kotor, tapi jadi kelakar sebab kita tak boleh lari ke mana-mana.. LOL!

via GIPHY

Tapi sekarang dah advance ya cara celebrate birthday. Tak ada dah baling tepung atau telur, ada yang terus naik lif ke atas dengan cara celebrate birthday dekat hotel! Banyaknya duit nak tempah hotel! Ini mesti korek tabung untuk sewa hotel kan?

Baru-baru ini ada seorang gadis share gambar yang agak menarik perhatian juga di Twitter. Rata-rata yang komen sangat terkejut dengan gambar tersebut yang mana menunjukkan sepasang kekasih hati sedang meraikan hari lahir si lelaki di sebuah hotel. Tapi, apa yang lebih menarik lagi ialah apabila umur lelaki tersebut baru sahaja mencecah 16 tahun ya! Amboi, baru lepas PT3 dah pandai celebrate birthday dekat hotel..

Sumber gambar: Twitter

Ada sesetengah orang dewasa pun ada yang tak dapat merasa celebrate birthday dekat hotel dengan kekasih hati. Eh, kekasih hati pun tak ada, end up celebrate dekat dapur rumah sendiri je seorang diri, opss!

Tapi ikutkan komen yang ditinggalkan di ruangan komen, ada yang memberitahu bahawa gambar itu ialah gambar dalam dan tak pasti sama ada ia berlaku di Malaysia atau Indonesia. Kalau ia di Malaysia, sekejap nak cari apa akaun Tiktok pasangan kekasih ini. Siap berselempang yang tertulis ‘Happy Birthday’ dan pakej ada crown sekali ya! Lagi tak tahan belon yang bertulis ‘Happy Birthday Sayang -16’. Bonus ada sekali taburan bunga mawar di atas katil, persis orang yang ingin honeymoon!

Sumber gambar: Twitter
Sumber gambar: Twitter
Sumber gambar: Twitter

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen turut terkejut at the same time sedih sebab waktu mereka berusia 16 tahun, mereka hanya mampu celebrate birthday dekat rumah je, tak ada pun kawan-kawan atau kenalan rapat sampai booking hotel atau restoran demi celebrate birthday. Even dah besar pun tak ada juga sampai celebrate dekat hotel. Ala jealous betul!

Ada juga netizen yang menyifatkan apa yang mereka buat ini agak melampau sebab dah serupa majlis anniversary pengantin. Ainaa cuba untuk ajak korang berfikiran positive yang mana mungkin parents mereka berada di hotel itu juga. So maksudnya tidaklah mereka buat perkara tak elok bila dalam keadaan macam itu. Kalau orang lain tengok pun memang dah terus tuduh yang mereka akan buat perkara tak elok sebab lokasi itu ialah di bilik hotel.

Aduh buat lawak juga netizen, ada je benda yang mereka nak bahan. Apa pun, harapnya korang jangan berhabis duit nak celebrate birthday crush or boyfriend sampai booking hotel ya. Membazir duit, baik simpan untuk beli buku latihan!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Benda Korang Kena Terhadkan Untuk Fokus Dalam Pelajaran

Cara Paling Mudah Tidur Awal Untuk Student