in ,

Bubble Tea ‘Mengeras’, Tealive Balas Balik

Sumber gambar

Whatt?? Bubble tea keras dekat lantai? Habistu kalau masuk dalam perut nanti melekat la kan dekat dalam perut?!

Apa la yang korang merepek ni? Bubble tea tu kan diperbuat daripada tepung ubi kayu, memang la kalau dibiarkan lama-lama nanti akan mengeras jugak. Sama macam bancuhan cucur, kalau dibiarkan confirm akan mengeras.

Last week kecoh sekejap dekat Twitter bila ada seorang budak perempuan ni share video dia tuang air bubble tea dekat lantai sebab nak bagi kucing minum, end up bubble tea tu tertumpah sekali dekat lantai. Keesokan harinya dia datang balik dekat tempat tu dan dapati bubble tea semalam dah mengeras!

Dia pun apa lagi, kelam kabut la record dan luahkan rasa ‘keinsafan’ taknak minum air bubble tea dah sebab takut benda alah tu melekat dekat dalam perut dia. Siap ajak sekali orang ramai supaya tak beli bubble tea dari kedai terkenal, Tealive.

Maka video tu pun viral la dari satu Whatsapp group, ke group lain sampai timbulkan keresahan di hati rakyat Malaysia yang tak tahu bahan-bahan untuk buat bubble tea tu. Netizen dekat Twitter hanya mampu ketawakan tindakan gadis tersebut yang dilihat sangat ‘bijak’.

Video tu dapat perhatian daripada pihak Tealive sampai diorang post satu video yang menjelaskan isi kandungan dalam bubble tea tu. Halah halah, kelakar la diorang ni sampai macam tu sekali! Ramai netizen pun terhibur dengan maklum balas dari pihak Tealive tu.

Apa pun niat budak perempuan tu memang la baik sebab dia concern dengan kesihatan diri, cuma mungkin lepas ni kena study lebih sikit supaya diri sendiri tak kena kecam. Jangan pula korang terpengaruh juga lepastu terus stop minum semua jenis air bubble tea ya.

Lepas ni kalau nak sebarkan apa-apa, siasat dulu okay. Takut nanti bila nak sebarkan kebaikan, terus jadi fitnah pula.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tidur Bilik Sejuk Dapat Tingkatkan Metabolisme?!

Gaya Rambut Lelaki Yang Tak Onzz, Mungkin Bakal Di-Reject