in ,

“Buat TikTok Pun Boleh Keluar Peluh,”- Irfan Haris

Sumber gambar: 17elevenmusic

Honey, honey jangan risau, ku tak peduli tentang kamu, pacar kamu, tentang kamu berdua. Honey honey, bukan madu

Amboi harini kita bermanis-manisan bersama honey honey ya! Nak ber-honey dengan siapa itu? Dengan Irfan Haris nak tak? Korang minat dengan Irfan Haris? Dah dengar ke belum lagu baru Irfan yang berjudul Honey? Best ya, suka betul Ainaa dengar.

Before kita mulakan kisah tentang Irfan Haris, Ainaa nak ingatkan korang bahawasanya pada hari Rabu ini, 22 April, jam 3 petang akan berlangsungnya Konsert Rumah Kita Syurga Kita Part 3. Korang semua boleh saksikan konsert ini secara langsung diΒ Seventeen Eleven Youtube Channel! Irfan Haris akan membuat persembahan nyanyian untuk kita semua bersama penyanyi lain iaitu Syafiq Amdoi, Mimi Manan dan ramai lagi. Kalau nak tengok, make sure pukul 3 nanti terus buka YouTube ya.

Okay, kita berbalik semula kepada Irfan Haris, penyanyi muda berusia 19 tahun yang memulakan carear nyanyiannya seawal usia 15 tahun. Korang nak tahu perkembangan terbaru Irfan? Kali ini Ainaa akan buat article khas buat fans Irfan semua. Jom check it out!

Sumber gambar: Instagram 17elevenmusic

Berbaki lagi dua hari sebelum Konsert Rumah Kita Syurga Kita, sebagai penyanyi mestilah kena buat persiapan. Tapi bagi Irfan kali ini tak ada pun persiapan serious yang dilakukannya sebab konsert ini pun sangat chill yang mana semua menyanyi dari rumah masing-masing. So daripada segi pressureΒ tak ada pun bagi Irfan. Maksudnya Irfan dah readyΒ untuk Rabu ini!

Since sekarang tengah musim PKP, semua orang duduk rumah dan benda yang biasa kita buat ialah makan, makan dan makan. At the same time ramai tukang masak telah ‘lahir’ sepanjang PKP. Agak-agak Irfan pun memasak juga ke?

 

Memasak itu tak sangat sebab mak yang masak, saya makan je so tak masak pun. Minat itu bukan pada memasak. Sebab mak saya punya masakan dah cukup sedap. So saya tinggal makan je tak perlu nak masak lagi dah. – Irfan Haris

Korang perasan tak sekarang ini memang dah ramai selebriti Malaysia sudah ‘terjerumus’ dengan TikTok, nampaknya Irfan pun dah terikut sama buat TikTok! Tapi bagi Irfan, akaun TikTok dia itu just for fun sahaja dan dia tak berani nak buat over, takut ada yang marah pula. So dia prefer untuk jadikan ia lebih sempoi, chill dan santai sahaja. Boleh berpeluh juga katanya buat TikTok, so tak perlu nak bersenam dah. Wahh, betul juga kata Irfan. Bukan itu sahaja, Irfan pun ada mengisi masa lapangnya dengan main game untuk hilangkan rasa bosan dan main piano serta gitar untuk mendapatkan ilham buat lagu baru!

View this post on Instagram

margo mandi edition πŸ˜³πŸ€·πŸ»β€β™‚οΈ

A post shared by Irfan Haris (@irfannharis) on

Macam yang korang tahu, Irfan pun baru sahaja keluarkan lagu baru berjudul Honey. Pada masa yang sama Irfan pun teringin nak berkolaborasi dengan penyanyi lain juga sebab sebelum ini dia dah pernah duet dengan kakaknya, Amira Othman. Antara penyanyi yang Irfan teringin nak nyanyi sekali ialah Adzrin, Aziz Harun, Haqiem Rusli dan ramai lagi. Cuma sekarang ini tak ada official planning sahaja.

Irfan sebenarnya ada plan nak keluarkan lagu balet sekarang tapi disebabkan Covid-19, semua kena hold dulu. Inshaa Allah lepas keadaan dah pulih back to normal, saya akan keluarkan lagu baru. Kita doakan semua ini akan berlalu okay!

Sebenarnya habis je PKP ini, Irfan teringin sangat nak makanan makanan kegemaran Irfan, iaitu Subway! Then nak pergi minum bubble tea, lama sangat tak minum bubble tea! Habis je semua ini memang nak pergi makan-makan macam biasa. Sebenarnya Irfan rindu semua kawan-kawan saya termasuk semua rakan selebriti. Irfan paling rindu dekat Adzrin, Haqiem dengan semua lagi-lagi kawan-kawan dekat program realiti yang Irfan masuk tahun lepas.

Untuk pemint setia Irfan, lepas ini mungkin korang berpelung untuk berjumpa dengan penyanyi lagu Pesan ini. Dengarnya Irfan ada plan nak buat meet and great, cuma belum ada tarikh dan lokasi sahaja. Semua itu masih lagi dalam perancangan sebab katanya kali terakhir berjumpa dengan fans ialah tahun lepas. Alamak, nampaknya memang kena buat sebab lama sangat dah tak jumpa dengan korang semua.

Ehemm, partΒ ini mesti korang suka iaitu girlfriend material Irfan. Ha, agak-agak ciri-ciri yang Irfan sebutkan ini ada dekat korang atau tidak ya?

Girlfriend ya, haaaaa saya tak fikir lagi nak ada girlfriend sbb saya baru 19 tahun, nak sambung belajar, fokus carear. Tapi kalau ciri itu mungkin dia memahami keadaan saya sebagai seorang penyanyi. Tak boleh 24 jam nak fokus dekat dia, saya kena jaga carear saya, pelajaran saya, dan juga family. So saya ciriΒ girl yang memahami semua… Ohh dengan yang pandai main PUBG, eh?

Sumber gambar: Instagram 17elevenmusic

Korang rasa Irfan dulu nakal atau tidak waktu dekat sekolah? Ha, sebenarnya Irfan tak nakal tau. Ainaa pun tak terkejut sebenarnya sebab Irfan nampak sangat baik dan tak mustahil dekat sekolah dulu pun dia pelajar yang cemerlang.

Saya memang budak baik, bukan nak puji tapi benda betul. Saya selalu siapkan homework, saya mmg fokus belajar dan tkde buat benda nakal. Ponteng sekolah pun tak ada sampai panjat pagar ke apa ke. Setakat dulu waktu sekolah penat show, esoknya hari Isnin saya tak pergi sekolah. Tapi bagitahu dekat parents tak larat nak pergi sekolah. Menyesal sikit sebab tak nakal, kalau tak boleh cerita pengalaman nakal itu, haha! Saya takut kalau tak siap homework nanti cikgu marah sampai call parents.

Ini memang baik sangat ini, aduh segan pula sebab Ainaa yang rasa macam nakal sangat waktu sekolah dulu. Ainaa nak ingatkan sekali lagi dekat korang semua supaya tak terlepas pelung untuk menyaksikan Konsert Rumah Kita Syurga Kita hari Rabu ini okay! Kita support Irfan sekali tau!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Salun Tutup? Jom Cantikkan Rambut Guna Lemon

10 K-Drama 2019 Rating Tontonan Tertinggi, Korang Dah Tengok?