in ,

Bulan Puasa Makin Malas? Jaga-jaga 👀

Sumber Gambar: https://site.eightsleep.com

Hai #Lunagirls, bulan puasa ni mesti ada yang rasa malas dan tak ada mood nak pergi sekolah kan? Eh! Jangan la malas.. seminggu je lagi before nak cuti raya, sabar sikit ya girls! Lagi pun pergi sekolah ni seronok tau.. boleh timba ilmu dan jumpa girls squad and tak lah lama sangat rasa bila nak buka puasa! Hihi! Harini Ummi nak kongsikan tips untuk lebih bersemangat ke sekolah!

PREPARE YOURSELF

via GIPHY

Ha! Bulan puasa ni kita akan rasa extra letih.. Untuk yang sekolah pagi, mesti kalau boleh lepas sahur tu rasa nak golek-golek je atas katil kan? Ummi faham sangat.. Apa kata instead of korang golek-golek tu, guna masa yang ada untuk gosok baju, susun buku dan siapkan check homework dulu! Nanti tak la kelam kabut before nak pergi sekolah kan..

TIDUR CUKUP

Sumber Gambar: https://www.stackumbrella.com

Ini sangat penting #Lunagirls! Bila dah tahu esok sekolah, tidur awal please! Korang rehatkan diri, supaya korang akan rasa fresh bila bangun tidur.. Nanti bangun untuk sahur pun segar! Kalau korang tidur lambat, nanti akan liat nak bangun sahur! Dekat sekolah pulak korang akan rasa lesu dan susah nak fokus dalam kelas..

MINUM AIR

via GIPHY

Kalau lepas bangun pagi, lebih elok kalau korang mulakan dengan air suam before makan sahur! Sebab air suam ni dapat kejutkan sel-sel badan untuk kembali bekerja. Selain itu, sistem pencernaan korang juga akan lebih lancar tau! Itu yang pagi-pagi rasa nak membuang je.. Ops!

BERSENAM

via GIPHY

“Alaa! Sempat ke nak exercise?” Haa, siapa kata tak sempat girls? Sebenarnya sangat sempat girls, korang hanya perlu buat simple stretching je untuk memanaskan badan korang! Senaman di pagi hari sangat membantu untuk melancarkan pencernaan, memberikan energy untuk korang kekal aktif di siang hari dan muka korang akan nampak lebih fresh! 

Macam mana #Lunagirls ada tak yang nak cuba tips Ummi ni? Cuba la buat.. mesti korang akan nampak perubahannya! No more pergi sekolah bad mood, serabut, end up kita sendiri yang stress.. Sekolah adalah tempat untuk kita belajar dan cipta kenangan tau, jadi enjoy!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ada Cikgu Baru? Okay Jom Kita Cuba Rapat

Tak Ada Idea Masak Berbuka? Ini Idea Simple