in ,

Buah Avocado, The Perfect Combo…

Sumber Gambar: https://www.jaco.co.id/manfaat

via GIPHY

#Lunagirls, korang suka tak makan buah avocado? Buah avocado ni sedap tau, rasa lemak-lemak dan masam manis, kalau sekali cuba, mesti akan jadi buah favourite korang. Buah ni bukan setakat sedap je, tapi mengandungi pelbagai khasiat macam vitamin A, B1, C dan serat yang boleh cantikkan kulit muka dan badan. Memang perfect combo, korang nak tahu tak apa manfaat buah avocado ni? Jom! Baca article Ummi..

MENGHALUSKAN KULIT

via GIPHY

Siapa ada masalah kulit mengelupas, kulit tangan tak lembut? Haa, korang boleh cuba buat scrub guna buah avocado ni. Caranya ialah…

  • Campurkan buah avocado yang dah di blend dengan oatmeal dan lemon sampai halus.
  • Lepas tu, amik campuran tu dan gosok kan pada tangan korang selama 20 hingga 25 minit.  Sambil tu urut sikit-sikit, baru boleh tertanggal kotoran dan kulit mati.. Dah siap, basuh tangan dengan air suam.

Girls, korang boleh buat dua atau tiga kali seminggu, mesti korang akan terkejut, yelah tangan korang akan lembut macam kulit baby gitu..

MENCERAHKAN KULIT

via GIPHY

Eii! Tak suka kan tengok muka kusam je, tak ada seri langsung. Crush lalu sebelah pun tak nak pandang kita hmm… Jangan risau girls, apa kata korang cuba cerahkan kulit dengan buah avocado, mesti tak da lagi kulit kusam dan kulit pun akan nampak lebih cerah. Korang hanya perlu ikut cara ini..

  • Campurkan buah avocado yang dah di blend dengan satu sudu madu dan beberapa titik perahan lemon.
  • Lepas tu, korang sapukan campuran tu kat muka selama beberapa minit. Then, basuh dengan air suam. Nak lagi best korang boleh tambah kan buah tomato dalam campuran avocado. Kulit muka korang bukan je putih tapi akan lebih glowing!

Korang boleh buat routine macam ni, sehari sekali tau untuk dapatkan hasil yang berkesan. Lepas ni crush mesti akan pandang hari-hari hihi..

MENGATASI KULIT BERMINYAK

Sumber Gambar: https://www.preview.ph/

Bila muka berminyak ni, mula lah itu ini tak kena, belum lagi dengan peluh dan panas. Kadang tu rasa macam nak perah je muka, tu pun kalau boleh cabut la hihi. Jadi untuk masalah macam ni, korang boleh buat masker untuk menghalang minyak berlebihan tu. Caranya mudah je…

  • Campurkan setengah biji avocado, lemon dan telur. Korang blend je semua ni sampai halus dan sebati.
  • Lepas tu, sapu kan campuran tu kat muka selama 15 ke 20 minit dan bilas..

Kalau korang kerap buat masker ni, mesti lepas ni muka dah kurang oily, yang tinggal hanya minyak yang baik untuk lembap kan kulit muka..

MENANGGALKAN SEL KULIT MATI

via GIPHY

 #Lunagirls, mesti antara korang ada yang tak suka scrub muka kan, sebab nanti mesti ada timbul jerawat pasir, sama la macam Ummi. Bila tak scrub pula, ada sel kulit mati yang buat kan kulit muka kita kusam. Jadi nak tak nak, kita kena juga la scrub muka ni, tapi guna bahan natural je.. Caranya ialah…

  • Korang campurkan buah avocado ni dengan satu sudu madu dan cuka apple. Lepas tu kacau sampai rata.
  • Campuran avocado ni korang sapu kat muka dan biarkan selama 15 minit dan bilas.

Campuran ni akan bau, sebab cuka apple kan, tapi tak la kuat sangat sampai tak boleh nak pakai kat muka. Yang penting, muka korang akan bersih dari sel kulit mati, dan kotoran.

Kalau untuk badan pula, buah avocado ni makanan yang sesuai untuk korang makan setiap kali breakfast. Pernah tak tengok routine kurus Dato’ Siti Nurhaliza? Dia makan avocado tau. Kalau Ummi pulak sebab nampak kawan sendiri makan dan memang betul kurus sebab buah ni mengenyangkan. Jadi kalau breakfast dah kenyang, tengahari tak ada lah melantak dua pinggan hihi..

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Eiuw! Leher Ke Bontot Kuali Tu?

No More Penceroboh! Whatsapp Dah Boleh Lock!😎