in ,

BTS X Baskin Robbins Tawar Perisa “Bora-Bora” Khas Untuk ARMY!

Sumber gambar: weheartit.com/Golden_Idol

Untuk pengetahuan korang, pada Julai lalu BTS telah rasmi diumumkan sebagai brand ambassador untuk salah satu jenama ais krim terkenal Baskin Robbins. Apa yang menariknya, kolaborasi BTS X Baskin Robbins ini bukan sahaja didatangkan dengan ice cream cake dan merchandise khas BTS X Baskin Robbins, malah Baskin Robbins juga telah memperkenalkan satu perisa baharu yang diberi nama “Bora-Bora” dihadirkan khas untuk BTS ARMY dan warna ais krim itu pun sama dengan warna tema BTS dan ARMY iaitu warna purple.

Sumber gambar: nomnom korea

Walau bagaimanapun, masih belum pasti lagi sama ada BTS akan menjadi global brand ambassador, atau hanya untuk Baskin Robbins Korea. Apa yang pasti jika ianya hanya di Korea seperti  BTS X Starbucks Korea sebelum ini, ramai peminat BTS susah untuk dapatkan edisi BTS X Baskin Robbins ini. Namun, jika rasmi BTS X Baskin Robbins ini adalah global, korang semua kena bersiap sedialah untuk mendapatkan ais krim Bora-Bora,  ice cream cake dan merchandise khas BTS X Baskin Robbins. 

Selain itu, terdapat tujuh variasi perisa ais krim Baskin Robbins yang telah dipilih menjadi pilihan anggota BTS iaitu Mint Chocolate Chip, Blueberry Cheese Cake, Shooting Star, Almond Bonbon, Cookies &Cream, Very Berry Strawberry, dan Mom Is Alien (Milk, Dark, White Chocolate). Kalau korang nak tahu, bila semua perisa ini rasmi diumumkan adalah flavour pilihan BTS, ais krim BTS X Baskin Robbins ini terus dilaporkan sold out dalam masa beberapa jam sahaja! Padahal waktu itu adalah baru sahaja tempoh pre-order. Wah! Hebat betul! Padahal, sebelum ini perisa ais krim itu ada sahaja dijual seperti biasa tapi sebab penangan BTS, terus laku keras! 

Seterusnya, walaupun BTS X Baskin Robbins ini laku tetapi ice cream cake berbentuk angka “7” yang dijual juga menuai banyak kritikan dari ramai pihak. Ia terjadi disebabkan oleh peminat menjangkakan hasil ice cream cake yang bakal dijual akan nampak lebih unik dan sesuai dengan harga. Namun sebaliknya berlaku dan harganya juga dikatakan agak mahal dan tidak berbaloi.

Jadi, apa pendapat korang tentang kolaborasi BTS X Baskin Robbins kali ini? Kalau betul mereka adalah global ambassador, ada tak yang sanggup nak beratur untuk dapatkan ais krim Bora-Bora,  ice cream cake dan merchandise khas BTS X Baskin Robbins? Cuba komen sikit pendapat korang? Selain itu, BTS juga dilaporkan bakal mengeluarkan single terbaru yang bertajuk “Dynamite” pada 21 Ogos akan datang! Woah! BTS ARMY get ready!

Sumber gambar: twitter jimim park

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mula Terkenal Di TikTok, Kini Mereka Bergelar Influencer

Sambutan Kemerdekaan Di Sekolah, No. 4 Paling Best!