in ,

BTS ‘Undur Diri’ Mohon Jangan Ganggu Privasi

Sumber gambar: https://www.billboard.com/articles/news/bts/8507811/bts-break-3-guinness-world-records-boy-with-luv

OMG! Biar betul BTS nak rest sekejap daripada buat performance?! Nanti kalau rindu dekat Oppa macam mana?

Actually bukan BTS je yang akan berehat sekejap daripada industri hiburan, tapi termasuklah selebriti Hollywood lain iaitu Ed Sheeran, Blue, Westlife, Fifth Harmony dan ramai lagi..

Paling latest, our beloved oppa, BTS pun dah umumkan perkara yang sama. Pengumuman tu dibuat sendiri oleh pihak pengurusan iaitu Big Hit Entertainment di laman Twitter rasmi mereka. Jangka masa berehat katanya agak lama untuk kita as peminat nak tunggu kemunculan semula mereka.

Ada bagusnya juga benda ini jadi. At least semua K-Idol dapat berehat sekejap dan fokus pada diri sendiri buat sementara waktu. Konsert terakhir mereka ialah pada Ahad lepas sempena konsert Lotte Duty Family Tree. Dalam ramai-ramai artis yang buat keputusan untuk berehat ini, BTS ialah artis berkumpulan pertama ‘undur diri’ buat seketika.

via GIPHY

Dalam tempoh berehat ni, pihak Big hit Entertainment masih lagi harapkan agar semua ARMY dengan rela hati bagi peluang ni pada ahli kumpulan BTS sendiri. Antara permintaan mereka ialah supaya tidak diganggu privasi artis. Since their first debut pada tahun 2013 dulu, ini ialah pertama kali mereka decide untuk berehat sekejap. Just imagine, dekat sembilan tahun asyik perform je tak ada rehat.

Yelah, buatnya one of them tengah berehat dekat tepi pantai lepas itu ada ARMY yang datang serang nak ambil gambar, haa ia dikira mengganggu sesi berehat dia tau. Harapnya ARMY pun faham sebab oppa BTS dah kerja keras untuk beberapa tahun ini. Bagilah ruang sikit untuk oppa bernafas ya.

Ada khabar angin di Twitter cakap yang mereka berehat sebab Jin nak masuk military. Tapi tak tahu la sama ada benda tu sahih atau tidak. Tapi kalau betul, akan lamalah BTS rehat. Apa pun, kita tunggu je perkhabaran rasmi daripada pihak Big Hit Entertainment sendiri ya.

Pihak Big Hit Entertainment pun ada menjanjikan persembahan yang leih bertenaga dan baik daripada ahli BTS lepas ini. Mana tahu lepas dalam tempoh berehat, mereka akan buat konsert dekat Malaysia ke? Lagi la best betul tak? Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Selain Tupperware Aiskrim Isi Ikan, Gadis Ini Kongsi Kisah “Tertipu” Dengan Emak Sendiri

Cara Berbaik Dengan BFF Lepas Bergaduh