in ,

BTS Jual Pinggan Mangkuk, Ada ARMY Berjaya Beli?

BTS buat hal lagi girls! Kalau dulu mereka jual patung, UNO card dan banyak lagi sekarang mereka keluarkan set tableware and cutlery  pula. Mereka jual untuk BTS ARMY golongan ibu-ibu ke? Woah! Sangat menarik! Untuk pengetahuan #Lunagirls, set tableware dan cutlery ini merupakan keluaran syarikat KwangJuYo yang jual banyak peralatan dapur seramik dan lain-lain. Kalau di Malaysia, Syarikat kwangJuYo lebih kurang macam syarikat Haji Ismail tapi versi Korea.

Sumber gambar:

Edisi barang KwangJuYoXBTS ini sebenarnya diinspirasikan dari album BTS Maps Of The Soul: Persona yang dikeluarkan pada April lalu dan ia dijadikan sebagai salah satu koleksi  merchandise yang ARMY perlu ada. Hmm, tapi sesuai ke dengan ARMY yang muda macam kita? Kalau cutlery okay juga sebab bawa bekal pergi sekolah boleh guna.

Sebenarnya, pre-order set tableware and cutlery KwangJuYoXBTS ini dah dibuka pada 4 Oktober lalu tau tapi akan mula rasmi dijual di kedai pada 9 Oktober ini. Akan ramai yang akan beratur panjang dan berebut-rebut BTS ARMY nak dapatkan set nanti.. Iyalah sebelum ini asyik patung, album, photocard, UNO card dan lain-lain sahaja. Jadi, kalau korang nak belikan untuk sahaja tambah koleksi pinggan mangkuk mak korang di dapur sebagai hadiah pun boleh

Bukan setakat itu sahaja, kalau korang tengok design edisi KwangJuYoXBTS ini pun, korang mesti sangat suka sebab ada logo BTS dan logo ARMY. Kemudian, dihiasi dengan bunga blossom, bunga pertama yang mekar selepas bertahan musim sejuk yang panjang, mewakili minda mulia, roh kuat, dan hati yang murni. Woah! Siapa agak-agaknya yang request untuk design yang penuh makna itu ya? ARMY akan rasa sangat dihargai.. Unik dan kreatif betul semua merchandise yang BTS khas untuk ARMY ini!

Tak silap Zoe, pre-order online sudah pun sold out tapi kalau korang nak beli, kena sentiasa standby nak check bila mereka akan restock. Sebab harganya memang berpatutan untuk set tableware dan cutlery yang dibuat dengan seramik. Kalau #Lunagirls ada kawan atau keluarga yang tengah jalan-jalan di Korea, mintalah tolong mereka dapatkan di kedai terus!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Geng Rambut Kerinting, Ini Gaya Onz Untuk Korang!

Cara Mudah Elak Senggugut Tanpa Ubat!