in ,

BTS Bakal Keluar Album Baru, ARMY Kena Ready Oktober 2020!

Sumber gambar: www.bighitcorp.com

Kita semua mungkin sedang kuarantin dan kebosanan, lebih lagi korang yang dah tak perlu pergi sekolah itu lagi. Sekurang-kurangnya, peminat K-Pop memang beruntung sangat, lebih lagi BTS ARMY sebab BTS memang mereka bagi macam-macam pada peminatnya. Baru sahaja, mereka lancarkan album Maps Of The Soul: 7 Februari lalu, sekarang ini ada pula Maps Of The Soul: 7 The Journey khas dalam versi Jepun pula yang bakal dikeluarkan pada Julai nanti. Eh belum sempat nak excited dan seronok dengan dua album ini, tiba-tiba Seokjin dah beri spoiler akan ada album baru yang akan dikeluarkan Oktober nanti? Alamak! Memang kerja keras betul ya BTS ini sebab sayang sangat pada ARMY dia! Hehe!

Sumber gambar: Instagram army indonesia

Untuk pengetahuan korang, BTS sekarang ini pun memang sedang gigih untuk siapkan self-produced album mereka sendiri tetapi katanya belum tahu lagi bila album itu bakal direlease. Walau bagaimanapun, tiba-tiba ada satu hari itu dalam satu Youtube live BTS di channel mereka BANGTANTV. Seokjin, abang paling tua BTS ini dengan slumbernya dia berbual dengan Suga yang “eh album kita keluar Oktober kan?” dan Suga pun balas “aah ya”. Woah! Dia ingat kita yang BTS ARMY ini tak dengar ke apa mereka cakap kan? Haha!

BTS ARMY pun mesti dah tahu yang dalam album mereka ini juga, RM dah reveal bahawa kesemua anggota BTS akan terlibat dalam proses menyiapkan album ini dan tugasan pun telah dibahagikan sesama sendiri. Menurut salah seorang ARMY yang rajin sangat take note tugasan BTS dalam proses album ini, katanya Suga akan ambil tugasa untuk design cover album, RM akan ambil alih dalam urusan produksi muzik, Jimin sebagai pengurus projek album ini, J-Hope akan incharge dalam choreography, V sebagai visual director, Jungkook dan Jin pula masih lagi tidak dikenal pasti tetapi kalau tak silap Jungkook akan uruskan video production. Wow! 100% hasil BTS betul ini! Mesti ramai yang tak sabar! 

Sejak spoiler dan live BTS di Youtube baru-baru ini juga, ramai ARMY yang buat spekulasi bahawa sebenarnya BTS dah siapkan pun self-produce album baru ini tetapi mereka sengaja buat olok-olok ini untuk tease ARMY. Main bergurau-gurau pula ya BTS ini, mungkin mereka pun bosan kuarantin macam kita semua kan? Jadi, kita fikir yang baik-baik saja sebab end up nanti kita juga yang seronok dengan comeback mereka juga kan? Huhu…

Sumber gambar: twitter BTS Bighit

Bercakap tentang album versi Jepun pula Maps Of The Soul: 7 The Journey akan dilancarkan pada 15 Julai nanti dan album ini akan mempunyai 13 buah lagu termasuklah lagu “Boy With Luv,” “Make It Right,” “Dionysus,” “Idol,” “Airplane pt.2,” “Fake Love,” dan “ON” yang dialih kepada bahasa Jepun. Akan ada juga 4 buah lagu baru yang seperti  “Intro: Calling,” “Outro: The Journey,” “Stay Gold,” dan “Your Eyes Tell”. Seperti yang dimaklumkan lagu Stay Gold akan menjadi salah satu soundtrack drama Spiral Labyrinth~DNA Science Investigation dan lagu Your Eyes Tell pula Jungkook akan terlibat sebagai salah seorang komposer. Yeay! Tak sabarnya nak dengar! Best betul kan jadi BTS ARMY ini! Hehe! Kita perlu get ready saja nak dengar semua karya mereka! 

via GIPHY

What do you think?

44 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
    • Really? If you are not interested to read Malay articles, you can try to read and look for this kinda reading in English version? Lol. If it’s really “hambar”, you’re still the one who read and understand the bahasa right? and thanks for scrolling! 😛 BTW, it’s better if we use bahasa Melayu, because who’s gonna use and be proud of our Bahasa, kalau bukan you sendiri right? sksk HGD!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Hijabista Yang Layak Dijadikan Idol Fashionista

5 Idea Apa Nak Buat Dengan Duit Raya