in ,

BTS ARMY Help Center Bantu Mereka Yang Alami Masalah Mental

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=ErsjsFpIz4s

Kebelakangan ini, masalah kesihatan mental dianggap remeh dan ringan. Sudah banyak kempen dan hari kesihatan mental yang dianjurkan bagi mengatasi masalah kesihatan. Seperti yang kita tahu juga, BTS adalah duta rasmi UNICEF yang memang bekerja keras menjayakan kempen LOVE YOURSELF, SPEAK YOURSELF melalui world tour mereka. Selain itu, banyak lagu-lagu yang mereka produce mempunyai makna yang indah untuk memberi inspirasi kepada pendengar muzik mereka.

Sumber gambar:

Baru-baru ini, Hari Kesihatan Mental sedunia yang disambut secara besar-besaran dan kecoh di media sosial. Dalam kesempatan itu juga, kalau #Lunagirls nak tahu, BTS ARMY pun mengambil kesempatan untuk buat satu lagi projek yang amat murni yang dipanggil ARMY Help Center (AHC) Project. Tujuan utama projek AHC adalah untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dari pelbagai masalah. Woah! ARMY memang tak pernah nak menghampakan orang ramai ya!Β 

Sebenarnya projek ini dah dimulakan pada bulan Mac lalu dan kali ini mereka masih lagi mencari ARMY lain untuk jadi volunteer yang sudi membantu. Selain itu, projek ini telah dijalankan oleh 16 buah negara termasuklah Malaysia, Indonesia, Perancis, Arab, China dan lain-lain. Bagi negara yang tidak ada dalam list pun #Lunagirls boleh refer kepada bahasa apa yang korang selesa bercakap sebab mereka ada akaun yang multilingual. Jadi selepas ini korang boleh sahaja pergi ke akaun projek AHC jika memerlukan seseorang untuk bantu diri korang yang mungkin memerlukan kawan.

Banyak sahaja platform dan talian lain yang ada diseluruh negara yang sudi membantu individu yang mempunyai masalah kesihatan mental tetapi pada zaman sekarang ada juga yang lebih selesa berbual dengan seseorang di internet. Ya, lebih baik mengikut keselesaan masing-masing sebab kita tak tahu masalah apa yang mereka perlukan. Dalam projek AHC, mereka tidak kisah sama ada korang seorang ARMY atau tidak, mereka sangat sudi membantu kawan-kawan yang memerlukan pertolongan dari segi apa pun.

Sumber gambar:

Woah! Kalau BTS dengar tentang projek AHC tentu mereka akan bangga dengan apa yang ARMY buat. Sebab tak semua orang mampu sudi menjadi pendengar yang baik dan siap sudi bantu. Memang hebat betul penangan BTS kepada ARMY ya, hanya melalui lagu dan content yang mereka provide kepada ARMY sahaja boleh buatkan orang lain rasa termotivasi untuk pergi lebih jauh ya! Tahniah BTS ARMY!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
    • Hi awak! Boleh saja join. Awak boleh click link twitter AHC yang ada dalam artikel dan di twitter mereka itu ada borang volunteer yang perlu diisi dulu. Apa-apa boleh tanya pihak AHC terus okay. Have a good day! πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Tahu Main Saja, Ini Cara Control Media Sosial

Cara Nak Bertahan Dengan Kawan Minat K-Pop #Redha