in ,

Brush Makeup Paling Onz Untuk Beginner!

Sumber Gambar: https://www.cosmopolitan.com

via GIPHY

Siapa dekat sini yang baru nak belajar pakai makeup? Ha! Masih keliru nak pilih brush for powder, blusher, highlighter and so on? Kita tak boleh main guna je tanpa tahu yang mana sesuai untuk produk makeup tu tau.. sebab ia ada kena mengena dengan kebersihan! Kalau #Lunagirls masih tercari-cari, takpa! Meh Ummi share types of brush yang korang perlu ada! Untuk beginner macam kita ni, cukup dulu dengan brushes ni okay!

POWDER BRUSH

via GIPHY

Powder brush ini sangat sesuai kalau korang nak apply loose powder! Lebih mudah untuk ratakan dekat seluruh muka sebab ia bersaiz besar.. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk highlighter! Jadi tak payahlah nak beli brush lain! 2 in 1! Hehe.. Konsep Ummi, jimat selagi boleh! Haha! Jangan lupa pilih bulunya yang lembut dan halus tau.. supaya powder kita nanti senang rata di muka!

KABUKI BRUSH

Sumber Gambar: https://www.groupon.com

Ini pun 2 in 1 juga! Boleh digunakan untuk foundation and powder sebabnya ia mempunyai tangkai yang pendek, memiliki bulu yang tebal dan berbentuk bulat! Jadi kalau nak ratakan foundation and powder memang sangat sesuai.. sebab ia akan mudah rata dekat semua sudut muka dan makeup akan menjadi lebih sempurna! Untuk kita yang baru nak belajar pakai makeup, tak perlu banyak sangat brush lagi.. Yang penting kita kena pro dulu cara nak apply tu okay?

CONCEALER BRUSH

Sumber Gambar: http://rebeccaklassen.net

Biasanya concealer brush ini mempunyai hujung yang berbentuk oval! Ala ala berus kita guna untuk kelas Pendidikan Seni tu.. Hihi! Brush ni akan membantu untuk menutup jerawat dan mata panda kita! Hanya ratakan je dekat bahagian yang perlu! Tapi ada sesetengah orang suka guna selalunya sponge je, lagi senang nak ‘dab dab’ untuk rata ke muka.. #Lunagirls boleh pilih nak pakai mana, ikut keselesaan masing-masing okay!

EYELINER BRUSH

via GIPHY

Ha! Yang ini tak boleh 2 in 1! Nanti silap hari bulan banyak pula warna hitam dekat muka korang.. Haha! Eyeliner brush ini comel je girls, mempunyai hujung yang tipis dan muncung! Tapi ikut juga cara #Lunagirls pakai eyeliner.. sebab ada orang suka nipis, ada yang suka tebal! Kalau nak lebih menarik, beli dua! Nanti bolehlah tukar-tukar gaya eyeliner korang.. Mesti akan on point! 

BRUSH KIPAS

Sumber Gambar: https://may.bc-makeup.com

Brush ini nipis tapi wide! Fungsinya untuk membersihkan muka daripada lebihan eye shadow dan bedak selepas contouring.. Jangan risau, makeup korang takkan ‘bersepah’ pun nanti! Hihi! Lagi satu, ia sesuai untuk apply highlighter juga tau.. #Lunagirls hanya perlu ambil sedikit highlighter dan ‘kipas’ dekat bahagian cheek bone korang!

Sikit je senarai brush yang korang perlu ada! Ada banyak jenis tapi tak tahu nak guna yang mana pun tak elok juga.. elakkan pembaziran okay #Lunagirls? Hihi! Kalau boleh beli yang 2 in 1 je.. nak bawa ke mana-mana pun senang.. Tak banyak beg! Satu lagi, korang jangan lupa untuk basuh brush korang seminggu sekali tau..

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Main Game Pun Boleh Wakil Sukan SEA 2019? 😱😱

Tak Dapat Konsert BLACKPINK? Layan K-Drama Jelah…