in ,

Bromance Goals K-Pop Buat Orang Lain Cemburu

Sumber gambar: kstarlive.com

Perilaku yang comel dan sweet di antara K-Pop idol sesama sendiri memang mampu membuatkan ramai orang cemburu dengan persahabatan mereka. Akan tetapi, kalau hal tersebut jadi di antara member dalam group K-Pop itu sendiri dan kalau kita tengok, untuk perempuan itu tidak menjadi masalah sebab ia normal. Bagaimana pula dengan K-Pop idol lelaki? Jom kita tengok bromance mana yang paling buatkan ramai orang cemburu dan nak kawan juga dengan mereka.

BTS V & JUNGKOOK

Sumber gambar: pinterest

Antara salah satu bromance yang selalu buatkan hati BTS ARMY ada butterfly bila lihat gelagat mereka berdua. Ini sebab Jungkook dan V BTS ini mereka berdua suka sangat terang-terangan tunjukkan interaksi mereka yang sangat clingy to each other di mana-mana acara music awards dan itu memang tiada masalah untuk mereka dan juga orang sekeliling tahu yang mereka ada bromance paling comel.

EXO CHANYEOL & D.O

Sumber gambar: pinterest

Kadang-kadang kalau lihat interaksi dan perangai mereka berdua memang dah macam tengok K-Drama percuma sahaja kan? Chanyeol punya sisi nakal dan sifat layan acuh tak acuh D.O EXO ini memang comel dan perbezaan tinggi mereka itu pun buatkan semua EXO-L rasa nak gomol saja mereka berdua kan?

NCT127 JOHNNY & MARK

Sumber gambar: pinterest

Bromance yang satu ini pula kadang-kadang kalau kita tengok dah macam adik-beradik betul sebab dua-dua saling suka ketawa bersama, buat benda pelik bersama, dan banyak lagi membuatkan Johnny dan Mark NCT127 nampak seperti abang adik kandung yang memang rapat. Memang mereka ini seperti sudah ibarat ditakdirkan bersama pun ada kan! Hehe.

GOT7 JACKSON & MARK

Sumber gambar: favim

Pernah bayang tak, macam mana seorang lelaki yang sangat kecoh dan seorang lagi sangat tenang boleh jadi bromance? Ya, itu terjadi pada Jackson dan Mark GOT7 yang mana mungkin disebabkan perbezaan karakter mereka itu, mereka saling melengkapi sebagai brother from another mother gitu!Β 

Nilai persahabatan itu memang tak boleh kita nak nilai dengan apa pun kan? Kadang-kadang dengan kawan kita sendiri pun, sudah seperti adik-beradik sendiri dah. Orang kata brother from another mother or sister from another mister gitu… Tapi mereka semua ini memang sweet kan! Mungkin sebab sudah tinggal sama-sama dalam masa yang lama dan itu yang membuatkan mereka nampak seperti adik-beradik sebenar pun ada, setuju tak? hehe!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kesalahan Yang Selalu Tak Jangka, Ini Penyebab Muka Break Out

Hati-Hati! Ini Tempat Bakteria β€˜Berkumpul’