in

Breakfast Apa Yang Korang Paling Suka Kalau Padan Dengan MILO?  

Sumber gambar: lunaria.com.my

“Yo, yo, geng! Korang breakfast apa hari ini? ”

Pengambilan sarapan sangat penting untuk kita semua tidak kira kanak-kanak, remaja ataupun dewasa. Kalau korang nak tahu, kita harus mengambil sarapan yang lebih berkhasiat untuk kekal bertenaga mulakan hari yang baru. Minuman MILO® adalah antara pelengkap dalam sarapan harian sebab bila kita bersarapan dengan minuman MILO®, kita bukan sahaja bertenaga tetapi badan juga akan menerima pelbagai khasiat termasuk protein, vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi, vitamin B,C, D dan sebagainya. 

Sebelum ini LUNARIA ada buat cabaran blind taste test edisi variasi MILO®, kali ini kita buat lain sikit iaitu rap battle antara our #Lunasquad! Bukan kaleng-kaleng rap kali ini, kami battle makanan sarapan apa yang paling onz untuk digandingkan dengan air MILO®. Korang team yang mana? 

MILO® & NASI LEMAK

Sumber gambar: lunariamy

“Geng nasi lemak, where you at?! Where you at?! ”

Gandingan sarapan ini sesuai untuk korang yang tak boleh mulakan hari tanpa nasi lemak seperti Zoe. Korang tahu tak yang kalau korang makan nasi lemak bersama minuman MILO®, anggaran kalori yang korang dapat adalah lebih kurang 359kcal*! Korang bukan sahaja dapat tenaga sebab dah makan nasi tapi sebab telah gandingkan bersama minuman MILO®, korang akan dapat protein, kalsium dan khasiat lain juga. Lirik rap untuk video kali ini, Zoe buat dari hati.. Sebab Zoe pencinta nasi lemak sejati! Gitteww! 

MILO® & BUBUR AYAM

Sumber gambar: lunariamy

Ada geng bubur ayam like Tee? Tidak dinafikan bubur ayam memang sedap sangat dimakan panas-panas pada waktu kedinginan suasana pagi hari. Oleh sebab itu, Tee suka sangat makan bubur ayam bersama MILO®. Dalam bubur ayam sudah ada cukup protein dan karbohidrat akan tetapi kalau korang lengkapkan sarapan korang ini bersama minuman MILO®, korang akan dapat extra khasiat daripada minuman MILO® itu sendiri! Anggaran kalori untuk hidangan ini ialah sebanyak 393kcal* sahaja. Walaupun Tee mengaku dia tak pandai menyanyi, tapi katanya dalam video ini Tee yakin dia boleh jadi rapper berjaya. Tak percaya? Jangan lupa tengok video special ini! 

MILO® & ROTI BAKAR

Sumber gambar: lunariamy

Kita pergi ala western sikit, our beauty queen Faya pilih roti bakar untuk digandingkan bersama minuman MILO® sebagai sarapannya! Jika korang adalah orang yang sukakan makanan yang lebih mudah seperti Faya, korang boleh cuba mulakan hari korang dengan bersarapan roti bakar bersama minuman MILO®. Walaupun nampak seperti ringan tetapi korang akan tetap mendapat khasiat yang cukup. Jumlah kalorinya dianggarkan sebanyak 368kcal*. Jangan risau, ia cukup untuk buat kita kekal bertenaga.

MILO® + CHAPATI

Sumber gambar: lunariamy

Chapati cicah kuah kari untuk sarapan pagi? Mantul! Tapi makan chapati cicah kuah kari dan minum air MILO® untuk sarapan pagi? Bermantul-mantul gais! Chapati adalah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Makan chapati sahaja mana cukup sebab itu kalau nak perut kita lebih kenyang adalah lebih sesuai kita lengkapkan bersama minuman MILO®. Kalori chapati cicah kuah kari bersama minuman MILO® ialah lebih kurang 497kcal*. Kalau tak digandingkan akan rasa tidak lengkap seperti hari ku tanpa mu.. Eh!!

Jadi, pada pendapat korang yang mana satu gadingan sarapan terbaik? Pendapat Zoe sendiri, semua sesuai! Kita boleh makan nasi lemak pagi Isnin, bubur ayam pagi Selasa, roti bakar pagi Rabu dan seterusnya.. Apa yang penting jangan lupa gandingkan bersama minum MILO®! Jangan risau, MILO® ada beberapa variasi dan korang boleh pilih ikut mana yang korang suka! 

Breakfast Rap Battle

Breakfast apa yang korang paling suka kalau makan dengan MILO?

Posted by Lunaria on Thursday, June 18, 2020

Jangan lupa check out video terbaru kami rap battle di YouTube @LunariaTV dan komen korang team gandingan sarapan yang mana okay! 

*hanya anggaran dan digunakan sebagai cadangan sahaja

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Baru 19 Tahun, Instafamous Ini Sudah Bergelar Isteri

Cara Hilangkan Insecure Untuk Berfesyen