in ,

Bra Cantik Tapi.. Sakitnya!

Sumber Gambar: www.zappos.com

Olla #Lunagirls! Apa aktiviti korang petang ni? LUNARIA nak sembang pasal bra, okay tak… korang mesti ada masalah dalam pemilihan bra kan? Korang ada tak rasa tak selesa masa pakai bra yang baru beli, sebab apa korang rasa macam tu sebab korang pilih bra yang salah. Nak tahu apa kesalahan korang ketika membeli bra, baca atikle LUNARIA ni.

UKURAN TERLALU KECIL

Sumber Gambar: http://my.cintametrica.net

Ramai yang menganggap membeli bra yang lebih kecil akan menampakkan payu dara korang lebih padat, tapi korang tahu tak mengenakan bra yang lebih kecil daripada size akan menyebabkan payu dara korang menjadi kendur dan paling worst boleh sesak nafas tau.

MATERIAL BRA

Sumber Gambar: https://us.intimissimi.com

Jangan sesekali pakai bra yang ber lace sebab ia akan membuatkan gatal pada badan, sekali sekala boleh jangan selalu. LUNARIA sarankan untuk memakai bra yang berunsur cotton sebab lebih menyerap peluh tau dan korang akan rasa comfort je.

BRA LAMA

Sumber Gambar: https://iprice.co.id

Semua orang ada bra favorite kan, bra yang selesa untuk di pakai kalau boleh setiap harilah nak pakai tak boleh lepas hihi. Tapi kan #Lunagirls bra yang berusia lebih setahun biasanya menyimpan bakteria dan kotoran tau, selain itu daya elastic pada bra tersebut sudah berkurang sehingga tak lagi boleh menampung payu dara korang.

TIDAK MENCUBA

Sumber Gambar: https://www.wanista.com

Selalunya time beli kita nampak je size yang betul ambil dan bayar. Hello #Lunagirls apa guna kedai bra ada fitting room ye? Korang kena cuba dulu tau, tengok either sesuai ke tak selesa ke tak. Kalau beli je sampai rumah tak muat, siapa yang rugi ye? menyesal tak guna tau hihi.

LUNARIA faham ramai #Lunagirls yang malu apabila nak bercerita tentang pemakaian bra ni, kalau korang rasa malu untuk tanya dekat mak korang then korang boleh je DM LUNARIA. Tapi jangan sesekali malu ye sebab ni penting untuk korang yang meningkat dewasa ni okay.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Sihat Tapi Tak Nak Makan Ubat? Ini Tricks Dia!

LunaSquad: Bulat Kecik, Bulat Besar. Apa Yang Bulat?