in ,

Boys Suka Girls Pandai Masak Atau Tak?

instagram.com/amirrulzarhafeeq / azrul.amri_

Belajar masak? Urghh belum masanya lagi kot? Setakat tolong mak masak je dah laa, awal lagi nak belajar masak. Nak kahwin nanti baru belajar memasak, hehe!

Amboi amboi, takkan nak kahwin nanti baru nak belajar memasak? Tak salah pun kalau korang belajar sekarang ya girls. At least kalau belajar awal-awal, banyak masakan yang korang boleh belajar. Nanti bila dah duduk sendiri di sekolah berasrama penuh senang nak makan, tak perlu hari-hari keluar pergi makan dekat luar setiap hari.

As a girl, kita harus belajar memasak juga. Bukan hanya untuk yang dah nak kahwin, even yang masih sekolah pun boleh je belajar memasak. Kira kelebihan pada diri kita kalau awal-awal dah pandai memasak. Nanti pergi kem dalam hutan boleh Β berlagak masak sardin, hehe! Ehemm, boys suka tau girls yang pandai masak.. Tak percaya? LUNARIA ada bukti sebab sis Ainaa sendiri dah tanya beberapa kenalan lelaki tentang topik ini. Jom check outΒ pandangan dan pendapat boys out there~

AZRUL AMRI

Sumber gambar: instagram.com/azrul.amri_

Saya jenis tak kisah kalau girlfriend saya pandai masak atau tak, cuma kalau tak pandai tu dia kena ada effort untuk belajar. Cuma jangan kalau tak pandai memasak, sampai tak ada effort nak belajar. Kalau ada basic memasak pun dah kira okay sebab memasak ni bukannya susah sangat pun. Bonus point kalau dia pandai masak makanan favorite saya, kenyang la juga perut ni tak ada la asyik makan dekat kedai je. Lagi pun kalau in future ada jodoh, saya boleh je memasak dengan dia dekat rumah. Memasak ni pun bukan tanggungjawab isteri, cukup dia bantu saya waktu dekat dapur pun dah cukup bagi saya.

AZHAREEZ ARIFF

Sumber gambar: instagram.com/azhareezariff

Entah la, saya tak memilih sangat. Mana-mana pun okay, pandai masak pun okay tak pandai masak pun okay juga. Lagi pun saya sendiri pandai masak, kalau dia tak pandai masak saya boleh masakkan untuk dia. Baru sweet! Kalau dia dan saya sendiri tak reti masak, kami boleh belajar masak sama-sama, double sweet! Cuma masalahnya saya memang tak kisah, tapi mak saya tu confirm la nak menantu yang pandai masak. Part ni kena berusaha untuk belajar memasak la, takkan sampai bila-bila nak makan dekat luar je kan.

AMIRRUL ZARHAFEEQ

Sumber gambar: instagram.com/amirrulzarhafeeq

Tak payah tipu la, lelaki mana yang tak tertarik dengan perempuan yang pandai memasak. Semua orang suka makan, tak ada yang suka makan. So, kalau pandai masak tu kan jadi one of kemudahan untuk diri perempuan tu sendiri. Tapi tak pandai memasak dengan tak reti memasak ni dua benda yang berbeza. Tak pandai maksudnya dia boleh masak cuma tak pro sangat, setakat boleh masak masakan simple je dan dia tetap berusaha untuk cuba memasak walaupun rasa tu tak ada sedap mana. Kalau part tak reti masak ni memang langsung tak tahu nak masak makanan simple sekali pun. Effort nak memasak pun dia tak ada, hari-hari makan dekat luar. Bagi saya, perempuan yang pandai masak ni satu kelebihan untuk diri mereka, kalau lapar boleh masak anytime. Paling penting, ada effort untuk belajar!

RAJA NADZRIN SHAH

Sumber gambar:instagram.com/rajanadzrinshah

Ehh, mesti la suka! Nanti in future dia boleh la masak sama-sama, macam dalam drama Korea tu! Tapi personally bagi saya, dia kena pandai siang ikan. Kalau siang ikan pun dia geli-geli, macam mana nak masak kan? At least kalau dia pandai masak, mesti satu family sukakan dia. Bukan setakat family in law dia, termasuk family dia sendiri. Kata orang masak sendiri ni bonus sebab kita kenyangkan perut satu keluarga. Bonus point lagi kalau dua-dua saling membantu, kalau tak pandai masak boleh masak sama-sama. Share pengetahuan memasak bersama.

Fuhh, nervous la bila baca statement daripada boys ni! Nampaknya memang semua nak girls yang pandai memasak ni. Girls, korang masih ada banyak masa lagi nak belajar ni ya. Kalau bukan untuk future rumah tangga, at least untuk diri korang sendiri. Ye la, nanti dah habis sekolah nak sambung belajar dekat kolej, takkan hari-hari nak makan dekat luar je? Duit pun boleh habis kalau beli je, at least kalau memasak boleh jimat duit.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Kulit Flawless Tanpa Produk Skin Care? Boleh Cuba Cara Ini

Ciri Dan Karakter Seseorang Itu Real Friend Kita