in ,

Boys Pun Dah Mula Layan TikTok 🎼😜

Sumber gambar: Instagram @fildzadaniel

~Sungguh ku merasa resah, untuk menilai sesuatu yang indah…~~ Eh? Macam pernah dengar je lagu ni? Dekat mana ya?

Elehh, tipu korang tak pernah dengar lagu tadi. Padahal tiap malam layan TikTok dalam bilikkan? Haha! Eh rasanya sekarang TikTok bukan je jadi favorite girls, tapi boys pun dah mula layan TikTok ya! Siap ada yang minta RT untuk dia post video TikTok lagi. Sangat berani!

Korang perasan tak dekat Twitter sekarang dah ramai boys seakan-akan mula berjinak-jinak nak layan TikTok. Mana tidaknya, since ada seorang budak lelaki cute dari oversea share video dia main TikTok, ramai jejaka Melayu triggered. Katanya mereka pun boleh jadi cute macam itu? Betul ke?

Apa yang lagi menarik ialah ada a few boys sampai sanggup mohon RT kalau nak dia post video cute. Haihh.. nasib baik memang cute dia buat macam itu *blushing* Maka dengan itu, ramai la gadis-gadis mula layan video dekat TikTok, hehe! Bukan main ya korang, laju je kalau nak stalk cute boys!

Tapi so far antara banyak-banyak video yang ada, this boy yang bernama Kio Cyr memang betul-betul cuteeee! Siap ada thread lagi orang buat dekat Twitter untuk tunjuk betapa comelnya Kio. Kalau korang nak tengok juga thread tu, boleh cari dekat Twitter sebab Ainaa tak nak share! #jkjk Demi #Lunagirls, Ainaa sanggup share. Bolehlah sama-sama kita tengok dan belajar step cute dance macam mereka.

Before this ramai cakap TikTok hanya untuk budak-budak yang suka buang masa. Tapi kalau korang tengok TikTok dari oversea, macam-macam video kreatif korang boleh nampak tau. Mereka jadikan TikTok as a platform untuk tonjolkan daya kreativiti masing-masing.

Lepas ini mungkin korang pun boleh buat video TikTok yang lebih kreatif. Bukan setakat menari-nari depan kamera je, tapi tunjukkan sekali skill editing dekat TikTok. Mana tahu nanti viral, terus jadi Twitfamous! Hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Berbaik Dengan BFF Lepas Bergaduh

Bosan Cuti Sekolah? Try Layan Movie Ini