in ,

Bosan Kuarantin, BTS Jadi Penjual Pasar Tani!

Sumber gambar: www.wowkeren.com

Perangai crackhead K-Pop idol memang selalu menjadi perhatian dan hiburan untuk para peminat mereka, betul tak? Kalau selama ini korang tengok hanya K-Pop idol yang ada bakat, korang memang silap sebab sebenarnya bukan setakat mereka yang ada bakat tetapi peminat mereka pun memang berbakat dalam banyak hal termasuklah untuk mengedit gambar para idola mereka untuk dijadikan bahan lawak. Baru-baru ini, kecoh juga di Twitter sebab ada BTS ARMY yang berani memuat naik gambar edit mereka menjadi penjual pasar tani. Ha! Untuk korang yang belum tengok lagi. Jom kita layan gambar BTS jadi penjual pasar tani, memang kena sangat! 

Sumber gambar: wowkeren

Di sini ada tak yang suka makan ikan masin atau sebarang ikan kering? Ha! Mungkin korang lepas ini korang suka nak makan ikan masin atau ikan kering sebab tengok world wide handsome yang jual. Ala, cuba tengok Seokjin punya ekspresi muka. Kesiannya, jualan dia tak memberangsangkan ke itu? Mungkin kalau korang yang beli, dia akan tunjukkan senyuman paling manis, siap pakej flying kiss sekali? Hehe! 

Sumber gambar: twitter

Siapa yang suka makan ayam macam Zoe, korang nak tak teman Zoe pergi beli ayam di kedai Jungkook sekejap? Haha! Tak sangka Jungkook ini pun macam sesuai sangat jadi penjual ayam kan? Nampak macam seorang anak yang rajin bantu parents sangat Jungkook dalam gambar ini kan! Dan ramai ARMY mesti akan pergi serbu kalau Jungkook betul-betul jual ayam kan?

Sumber gambar: twitter

Selain dari itu, kalau nak makan nasi, dah beli ayam dan ikan, mesti kena ada sayur sekali kan? Woah! Nampak sibuk betul ya Taehyung jual sayur. Mesti laku habis kan? Siap kena restock lagi! Haha! Bukan setakat itu, kalau petang-petang nak makan makanan bergoreng. Korang boleh juga singgah gerai kecil Suga. Agak-agak laku ke kalau Suga BTS jual gorengan petang-petang? LOL! 

Sumber gambar: twitter

Untuk pengetahuan korang, sewaktu gambar ini viral sahaja di Twitter. Ramai sangat ARMY yang kata dalam semua gambar, gambar Seokjin jual ikan kering paling mendapat perhatian. Katanya, sebab nampak sesuai sangat dengan reaksi muka dia yang nampak sadis sangat seperti itu. Ada juga yang kata, dia tak boleh berhenti ketawa lepas tengok gambar Seokjin. Haish! Macam-macam ya perangai BTS ARMY ini! Haha! 

Sumber gambar: todayline

Sementara itu, comeback BTS dengan album terbaru Map of the Soul: 7 yang release pada 21 February lalu memang mendapat sambutan. Pada masa kini, jadual konsert dan tour mereka terpaksa ditunda dan tidak terlalu pada sebab kuarantin wabak covid 19 tetapi BTS masih mampu menghiburkan para peminat mereka ARMY dengan Bang Bang Con yang akan disiarkan secara langsung pada 18 dan 19 April ini! 

Sumber gambar: pinkvilla

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Kumpulan K-Idol Keluarkan Album Baru 2020

Nak Tambah Berat Badan? Jom Mulakan Challenge Ini!