in ,

Bosan Dengan Username Lama? Jom Tukar Username Unik Ini

Sumber gambar: medium.com

Kita sebagai millennials dan generasi Z, sering dikatakan sebagai pengguna setia media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter, Pinterest dan lain-lain. Oleh sebab itu, pada zaman sekarang ini kita perlu lebih kreatif dan tetap menjadi diri sendiri di media sosial tanpa perlu berlebihan. Bercakap soal media sosial yang ada pada zaman kini, selalunya kita lebih gemar untuk letak nama sebenar yang sejujurnya agak bahaya untuk diri kita kerana terlalu expose diri kepada orang luar dengan sewenangnya. Jadi kami di sini ada beberapa idea dan tips untuk dikongsikan bagaimana untuk mencari dan pilih username media sosial korang supaya nampak lebih unik sikit. Bila nama dah unik, posting korang pun menarik mungkin ramai yang akan suka dan follow media sosial korang.

GANTI HURUF

Sumber gambar: Picuki

Untuk username idea yang best sikit, kenapa tidak kalau korang cuba untuk gantikan huruf pada nama korang contohnya a tukar jadi q, u jadi v, o jadi c, g jadi q, e jadi w ke… contohnya kalau username korang sebelum ini ‘Zulaikha’ korang tukarlah kepada ‘zviqkhq’. Memang nampak pelik untuk disebut bukan? Tetapi ia nampak sangat unik dan kreatif sebab username korang mungkin tak akan ada orang boleh stalk walaupun mereka dah tahu nama penuh korang. 

TAMBAH ‘XO’

via GIPHY

Dengan menambah ‘XO” dalam username korang pun nampak lebih menarik kalau nak dibanding dengan meletakkan nombor. Kalau sebelum ini nama korang adalah ‘musfirah33’, apa kata kalau korang ganti dengan username baru iaitu ‘xomusfirahxo’. Comel bukan? 

LETAK FILLERS

Sumber gambar: Ulzzang

Selain itu, korang boleh saja nak letakkan fillers dalam username korang. Antara contoh username fillers yang korang boleh masukkan dalam nama korang adalah lush, plan, milk, cloud, tea, bear, gold, blush dan banyak lagi yang korang boleh jumpa di internet kalau tiada idea. Letak fillers dalam username ini akan menjadikan nama korang nampak lebih comel luar biasa tau!! Jika username korang sebelum ini adalah ‘taehyung’, lepas ini cuba tukar kepada ‘cloudytaetea’. Comelkan nama itu?

SECRET WORDS

via GIPHY

Boleh juga kalau korang nak guna beberapa perkataan rahsia. Kalau nama korang sebelum ini adalah ‘adinna_lunaria’. Kenapa tidak korang cuba tukar kepada ‘ua.ou_manaia’ yang bermaksud saya sangat cantik dalam bahasa Samoa! Orang tak akan tahu apa maknanya. Korang boleh cuba Google Translate beberapa bahasa lain ikut suka hati korang. Jadi, boleh puji diri sendiri dalam username sendiri, betul tak?

GABUNGAN

via GIPHY

Walaupun ini adalah biasa orang buat, apa kata korang cuba untuk buat gabungan yang menarik. Sebagai contoh korang boleh gabungkan nama korang dengan nama mak dan ayah korang sekali. Kalau nama korang adalah Tasha, nama mak adalah Ainaa dan nama ayah adalah Tee, korang buatlah username jadi ‘tanaatee’. Ha! Kalau nak ada fillers sekali dan ‘XO’, buatlah jadi ‘lush.tanaateexo’. Barulah lain daripada yang lain

Fungsi username yang nampak acah deep dan comel ini pun sebenarnya sangat baik untuk diri korang sendiri. Jadi, maklumat peribadi korang akan lebih terlindung dari segala muslihat orang. Ia juga mungkin boleh jadi satu teori dan tanda tanya untuk orang lain seperti “kenapa dia letak username dia macam itu eh?” dan membuatkan mereka lebih tertarik untuk tahu kehidupan ‘misteri’ dan menyeronokkan seperti korang. 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Goo Hara Bunuh Diri, Fans Risau IU Terganggu

Barang Larangan Pakai Untuk Tempoh Lama, No.3 Paling Geli!