in ,

Bosan Cuti Sekolah? Try Layan Movie Ini

Sumber gambar: https://theknow.denverpost.com

Beberapa hari lagi nak habis cuti sekolah, #Lunagirls dah start chill kat rumah ke? Bosan makan tidur makan tidur? Tak tahu nak buat aktiviti apa? Okay.. Zoe ada cadangan, why not kita movie marathon sebelum start sekolah? Dibawah Zoe ada senaraikan cadangan movie list yang best untuk korang enjoy!

MARVEL

Sumber gambar: https://movieweb.com/infinity-saga-box-set-blu-ray-4k-deleted-scenes-kevin-feige/

Okay, satu movie Marvel saja purata dalam dua jam. Jadi untuk korang yang belum khatam siri movie Marvel yang sebelum ini, weekend ini masih sempat untuk korang marathon semua cerita Marvel tau. Marvel movie ada lebih kurang 23 filem. Wow! Kalau Zoe akan makan, tidur, makan tidur menghadap movie sampai habis! LOL! Tapi sambil layan marathon movie jangan lupa mandi pula tau..

DISNEY

Sumber gambar: https://elhstalon.net/entertainment/2017/05/02/best-disney-movies/

Suka filem-filem Disney? Ya! Siapa saja tak suka movie Disney! Kita siap boleh nyanyi-nyanyi feeling musical lagi. Korang boleh tengok kartun dia, version pelakon sebenar pun not bad juga tau sebab Disney punya movie memang selalu layan tak kisah lah umur korang berapa sekali pun! Sambil tengok, bolehlah feeling feeling princess yang tengah tunggu prince charming datang selamatkan kita! 

HANTU KAK LIMAH

Sumber gambar: https://www.star2.com/entertainment/2018/08/14/hantu-kak-limah-earns-rm9mil-four-days/

Cerita seram kelakar favorite Malaysian! Ceritanya kelakar dan ada banyak pengajaran untuk hidup. Selain itu juga, korang akan dapat tengok gelagat sebenar rakyat Malaysia dalam cerita ini tau..Boleh kata kalau tengok cerita ini kita boleh relate dengan family kita! Hihi! Kalau dah mula rasa lenguh badan layan movie marathon berpanjangan, korang boleh urut diri sendiri tau! SuperDeals ada tawarkan OGAWA Unique Claire Beauty Massager hanya RM39.90 sahaja! Jangan lepaskan peluang!

MAKE ME SHUDDER

Sumber gambar: https://yotsthoughts.wordpress.com/2014/07/10/make-me-shudder-2013/

Sawadeekha! Ya, movie dari Thailand ini sangatlah kelakar walaupun ada unsur seram! Ia tentang sekumpulan kawan-kawan budak lelaki sekolah menengah yang suka sangat mencabar hantu. Dalam keempat-empat filem Make Me Shudder ini, hantu dia lain-lain tau. Tak ada masalah pun kalau korang nak tengok salah satu tapi kalau nak layan keempat-empat pun memang best! Memang tak kering gusi!

ALONG WITH THE GOD

Sumber gambar: https://www.hollywoodreporter.com/review/along-gods-last-49-days-film-review-1133084

Movie yang datang dari Korea Selatan kalau tengok memang berunsurkan fantasi ini sebenarnya taklah terlalu fantasi sebab ia lebih kepada kehidupan kita sebagai seorang manusia. Filem ini dah ada yang pertama dan kedua tau. Korang memang ‘wajib’ habiskan dua versi ini dulu sebab dengar cerita Along With The God 3 nak keluar juga tapi Zoe pun tak pasti pula bila, kita tunggu sama-sama okay! 

Jadi, itu antara movie yang Zoe boleh cadangkan kepada #Lunagirls! Disebabkan Zoe kaki layan movie, so Zoe lebih suka explore dan tengok movie dari pelbagai genre! Korang lagi prefer genre filem yang macam mana? Komen dekat bawah okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Boys Pun Dah Mula Layan TikTok 🎼😜

4 Niat Salah Kalau Nak Bercinta!