in ,

Boring? Jom Main Game ni..

Sumber gambar: www.videoblocks.com

Alkisah kalau ibu-ibu yang dah jumpa kawan-kawan diorang punya bersembang tu tak ingat dunia dah! Dah tu korang mesti akan awkard nak buat apa, tak kan nak makan lagi? Eh malu la nak repeat makan, lagipun perut ni masih kenyang.. Hurm nak main game la… Tapi game apa eh?

HOME DESIGN

Kalau pegi IKEA mesti kita akan acah pereka dalaman yang berjaya. Well korang dah tak perlu acah dah, main je game Design Home. Dalam game ni korang boleh decorate satu ruangan dengan bajet yang tertentu. Korang pun boleh design banyak ruangan, so tak la bosan asyik satu tempat je.. Incase kalau korang suka furniture yang ada dalam game tu, korang boleh je beli. Sebab game ni berkait dengan websites furniture dalam tu..

COOKIE RUN


Game ni sebenarnya dah lama ada, since 2013 lagi. Tapi ia mula diperbaharui pada tahun 2016. Cara nak main game ni mudah je, korang pilih karakter yang korang nak then korang kena elak semua halangan yang ada dengan cara melompat atau sliding. Incase kalau korang terlanggar halangan tu, nyawa korang akan berkurangan sampai la korang mati. Sambil berlari tu, korang kena juga collect beberapa item untuk dapatkan bonus. Setiap level berbeza tau mula dari GingerBrave, Space, Doughnut sampai la Cotton Candy Cookie. Nama pun comel, game apa tah lagi kan?

COVET FASHION


Fashion people, this game is the one for you! Hihi.. Developer game ni sama dengan Design Home. Game ni korang sebagai fashion stylist, dimana korang kena fikirkan fashion atau pakaian apa yang sesuai dengan tema, mengikut bajet tertentu. Boleh je mix and match untuk jadikan satu gaya yang lengkap. Lepas dah siap semua, korang akan dinilai oleh pemain lain. Macam game home design tadi setiap baju atau kasut yang ada dalam ni, korang boleh cari dan beli dekat store atau websites.

BRAIN IT ON


Kalau girl yang suka mencabar minda, game ni paling sesuai. Korang akan diminta untuk selesaikan masalah untuk setiap level. At first memang memang rasa susah, tapi once korang dah mahir, ala kacang je tu, hihi… Game ni akan menguji kreativiti dan juga mengasah bakat otak korang untuk berfikir.

Sekali sekala try la girls main macam ni.. At least korang boleh mencuba sesuatu yang baru. Sambil tunggu parents korang bersembang tu, boleh ajak main siblings korang main sekali..

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Boleh Ke Simpan Beauty Product Dalam Peti Ais?

Tangan Kidal? Korang Kena Tahu Ni..