in ,

Boleh Pergi Panggung Wayang, Ini Promosi Jimat Tengok Wayang

Sumber gambar: www.xtra.com.my

Yeayy dah boleh tengok wayang! Boleh  plan movie date dengan kawan-kawan, sementara menanti hari nak buka sekolah!

via GIPHY

For those yang kaki wayang mesti korang excited bila panggung wayang sudah dibuka semula. Maklumlah, berbulan duduk dekat rumah dan tak boleh ke mana-mana, maka 1 Julai yang lepas merupakan saat yang korang nanti-nantikan. Samalah kita, Ainaa excited bila dapat tahu panggung wayang dibuka semula. Tapi masalahnya sampai sekarang Ainaa masih belum lagi berkesempatan untuk tengok wayang. Maybe minggu ini boleh pergi. Untuk yang dah pergi, korang boleh share experience macam mana keadaan bila tengok wayang semasa PKPP.

Memandangkan panggung wayang pun dah dibuka, banyak syarikat wayang tawarkan promosi yang berbaloi-baloi. Inilah masanya untuk kita rebut peluang yang ada, bila lagi nak tengok wayang dengan harga yang rendah? Lagi best kalau ada potongan harga bagi tiket wayang. Itu antara yang Ainaa nak share dengan korang ini, beberapa tarikan yang disajikan dekat panggung wayang sekarang.

MBO CINEMA

Posted by MBO Cinemas on Saturday, July 4, 2020

Antara banyak-banyak panggung wayang di Malaysia, Ainaa paling suka pergi tengok wayang di MBO. MBO ada wayang family friendly yang mana mempunyai kawasan panggung direka khas untuk kanak-kanak. Di dalam ada sofa macam dekat rumah lagi tau. Bukan itu sahaja, benda yang paling Ainaa suka ialah ada taman permainan untuk kanak-kanak! Senang kalau bawa anak buah atau adik, lepaskan je dia dekat playground. Tapi movie yang ada of course movie kanak-kanak sahaja. Untuk pengetahuan korang, sempena pembukaan semula panggung wayang, MBO menawarkan harga tiket wayang serendah RM5 untuk beberapa tayangan semula filem-filem yang terpilih. Antaranya ialah:

  • Venom
  • Spider-Man Home Coming
  • Spider-Man Far From Home
  • Pee Nak 2
  • Bloodshot

TGV IMAX DAN INDULGE

It's time to once again INDULGE in our gourmet cinema with an exclusive promotion! ✨Enjoy 1x Starter and 1x Beverage…

Posted by TGV Cinemas on Saturday, July 4, 2020

Daripada harga berpuluh sehingga mencecah beratus termasuk makan dan minum, sekarang ni korang boleh enjoy tengok movie IMAX dengan hanya berharga RM10 sahaja! Punya la murah geng, takkan korang tak tergoda kot? Bagi IMAX, movie yang akan ditayangkan semula ialah Joker, Hobbs & Shaw, Birds Of Prey dan beberapa lagi yang lain. Manakala untuk tiket INDULGE akan dijual dengan harga RM25 termasuk satu makanan dan juga air. Cuma pilihan makanan dan minuman tu terhad la, tapi kira okay la tu dapat juga merasa tiket INDULGE tu.

GSC CINEMA

Check out our movie lineups for next week! What movie will you be watching? ✨🍿 #GSCLoveYou3000

Posted by GSCinemas on Saturday, July 4, 2020

Posted by TGV Cinemas on Monday, June 29, 2020

Kalau nak kerusi selesa waktu tengok wayang, korang boleh tengok dekat GSC sebab bagi Ainaa, kerusi dekat GSC ni best dan tak sakit leher bila tengok dekat screen. Sama juga macam MBO, GSC juga menawarkan harga tiket wayang serendah RM5 tetapi kali ni ada banyak sikit pilihan movie iaitu:

  • Jumanji: Welcome Home To Jungle
  • Spider-Man Home Coming
  • Venom
  • Pee Nak 2
  • Bloodshot
  • Spider-Man Far From Home
  • Train To Busan
  • Baaghi 3 Walter

COMBO RM5

Coming in hot! 🔥 For only RM5, get your favourite combos with these deals that will complete your welcome-back cinematic…

Posted by TGV Cinemas on Monday, June 29, 2020

Selalu harga tiket wayang RM12, then termasuk popcorn dengan air tambah lagi RM12, jadinya sekali keluar tengok wayang kena spend sebanyak RM24. Tapi kini tidak lagi… Korang hanya perlu keluarkan duit serendah RM5 sahaja untuk mendapatkan set combo makanan. Murah kan? Ada beberapa combo yang ditawarkan oleh TGV iaitu Combo A ada pilihan popcorn dengan air, Combo B ada keropok dan juga air serta Combo C korang akan dapat Golden Horn Chips be

rsama dengan pilihan air. Tak ke murah tu? Bagus juga buat murah macam ni sebab maklum la nak share popcorn pun susah kan sebab kena jarak kerusi, so kena la beli seorang satu, hehe!

Apa lagi guys, cepat la serbu panggung wayang yang terdekat dengan rumah korang sementara ada masa ni. Boleh ajak satu family tengok wayang weekend ni tau!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Top 5 Jenama Skincare Korea Yang Menjadi Pilihan Ramai

Stail Ala K-Idol Untuk Kpopers Sejati