in ,

Boleh Overdose Dengan Air??

Sumber gambar: healthygolucky.com

Tengah musim panas ni, elok rasanya kalau kita minum air banyak untuk kekal hydrated. At the same time dapat kekalkan kecantikan kulit wajah. Tapi korang tahu tak sebenarnya ada banyak kesan buruk pada badan kalau kita minum terlampau banyak air…

Seeloknya kita digalakkan untuk minum air masak antara lapan hingga 10 gelas air sehari. Tapi kalau dalam sehari tu kita dah makan sayur atau buah yang mengandungi jumlah air yang banyak, boleh kurangkan minum air masak antara 4 hingga 6 gelas je. Lain pula kalau korang dah exercise, sebab waktu tu peluh keluar so kena minum banyakkan minum untuk topup balik air dalam badan, takut dehydrated pula..

SAKIT KEPALA

via GIPHY

Antara kesan buruk yang akan korang alami bila minum banyak air ni ialah kerap diserang sakit kepala. Kalau kandungan natrium (kandungan mineral dalam badan) dalam darah jadi rendah, akan membuatkan sel membengkak sampai saiz otak membesar dan berdenyut. Girls, ni sangat menyakitkan so be careful tau jangan jadi sampai tahap ni ya.

RASA MUAL

via GIPHY

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kita rasa mual atau muntah dan antara faktor tu ialah bila terlalu banyak minum air masak sampai buat perut rasa senak. If let say korang minum banyak sangat air, on the spot rasa mual tu akan datang..

AIR KENCING WARNA JERNIH

Sumber gambar: netdoctor.co.uk

Air kencing yang sihat warnanya kekuningan macam jus lemon. Kalau kuning pekat, maksudnya korang kekurangan air. Tapi kalau dah sampai tahap jernih sangat, badan korang ada kuantiti air yang terlebih dan tak elok untuk kesihatan. So, better kurangkan minum air sikit okay?

BUAH PINGGANG

Sumber gambar: News-Medical.Net

Tapi antara effect paling bahaya ialah berlaku gangguan pada pundi kencing dan buah pinggang korang. Bila kuantiti air terlampau banyak dalam badan, buah pinggang perlu ‘kerja overtime’ untuk tapis air berlebihan keluar dari sistem peredaran darah badan kita.

via GIPHY

After this, make sure korang minum air dengan kuantiti yang betul okay. Jangan terlampau obses nak cantik sampai korang ‘overdose’ air pula. Ada pula girls yang nak diet sampai skip makan dan hanya minum air je.. Jangan tau #Lunagirls sebab risiko kena penyakit tu tinggi..Take care of yourself ya girls 🙂

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila Study Course Ni, Senang Nak Kerja Nanti..

Pakai Make Up, Tumbuh Jerawat #MITOS