in ,

Boleh Ke Simpan Beauty Product Dalam Peti Ais?

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=0MrU5dbjLKg

Hah? Simpan beauty product dalam peti sejuk? Boleh ke tu? Tak rosak ke simpan dalam peti? Nanti kalau bercampur bau dengan makanan lain macam mana?

Yes girls… Kita boleh simpan produk kecantikan yang kita guna dekat dalam peti ais. Ada a few produk yang memang diharuskan untuk simpan dalam peti untuk make sure ia tahan lama. Check it out girls!

KRIM GATAL

Sumber gambar” https://www.fimela.com/beauty-health/read/3717187/ciri-ciri-krim-pemutih-wajah-berbahaya

Kalau korang ada gunakan krim gatal badan yang dibagi oleh doktor, make sure simpan dekat dalam peti sejuk. Krim tu sendiri memang diharuskan diletakkan dalam suhu yang sejuk. Bila krim sejuk diletakkan dekat bahagian badan yang rasa gatal tu, badan kita akan serap rasa sejuk dan buatkan rasa gatal berkurangan.

NAIL POLISH

Sumber gambar: https://www.elle.com/beauty/g25310122/best-natural-nail-polish/

Korang mesti suka cantikkan kuku kan? Kalau ya, make sure simpan naik polish tu dekat dalam peti ya. Jangan simpan dekat tempat panas atau suhu yang sederhana. Cahaya dan haba akan buat pewarna kuku jadi pekat dan bertukar warna. So bila simpan dalam peti, teksture tu akan jadi cair dan cantik bila dipakai.

PERFUME

via GIPHY

Terkejut kan? Haa, Ainaa pun terkejut juga tapi ni la hakikatnya yang mana kita boleh je simpan perfume dalam peti. Tujuannya ialah untuk kekalkan bau wangi perfume tu sendiri. Tapi jangan la simpan perfume botol besar tu, cukup la yang dalam botol kecil tu je.

GEL ALOE VERA

Sumber gambar: https://theskinfood.us/products/aloe-vera-93-soothing-gel

Korang pernah simpan gel aloe vera dekat dalam peti tak? Kalau tak pernah, korang kena cuba sekarang juga! Bila sapu je dekat muka, terus rasa segar girls! Lagi satu kalau kita tengah demam, boleh juga sapu aloe vera dekat badan, muka dan kepala untuk turunkan suhu badan. Belum cuba belum tahu girls.

Lepas ni boleh la simpan barang-barang korang tu dalam peti. Tapi lagi bagus kalau dapat sediakan satu peti khas untuk beauty product je, tak campur dengan barang makana lain. Ehemm, kena simpan duit sikit la nak beli peti baru. Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebenarnya… Saya Tak Suka Dekat Awak Pun 😓

Boring? Jom Main Game ni..