in ,

Boleh Ke Remaja Pakai Exfoliating Acid?

Sumber gambar: YouTube Liah Yoo

Cantiknya muka dia.. flawless sis! Betul ke dia pakai exfoliating acid?

Bila kita cakap tentang produk-produk skincare yang mengandungi active ingredients semakin banyak di pasaran. Salah satunya produk yang mengandung exfoliating acid seperti AHA, BHA, dan PHA. Produk dengan kandungan exfoliating acid ini berfungsi sebagai chemical exfoliator yang membantu mengangkat sel kulit mati dan mencerahkan kulit. Selain fungsi tersebut, chemical exfoliator memang lebih disarankan untuk digunakan terutama bagi pemilik kulit acne prone sebab ia terbukti lebih gentle. Di samping itu, kandungan exfoliating acid terutama BHA juga berfungsi untuk membersihkan kulit hingga dalam pori sehingga mengatasi masalah jerawat.

Tak ramai yang tahu fungsi exfoliating acid. Terutama di kalangan remaja sedang mengalami masalah perubahan hormon. Tapi persoalannya, boleh ke remaja pakai exfoliating acid?

TIDAK ADA MASALAH

EXFOLIATOR 101 : Asas Pengelupasan (Exfoliation) – The Beauty Diaries
Sumber gambar: The Beauty Diaries

Pada dasarnya tidak ada peraturan tentang penggunaan skincare, termasuk soal exfoliating acid yang digunakan oleh remaja. Jadi, jawapanya boleh! Sebelum itu, korang perlu tahu bahawa kulit remaja sesungguhnya berada di fasa yang masih perubahan. Mungkin ada masalah jerawat sebab faktor hormonal. Namun, proses regenerasi kulit hingga jumlah kolagen di usia remaja sedang berada di fasa yang bagus. Untuk itu, penggunaan active ingredients seperti exfoliating acid haruslah digunakan dengan kadar yang betul dan tahu cara pemakaiannya.

MULA DENGAN PALING RENDAH

Skincare 101: Exfoliator ~ IMAN ABDUL RAHIM
Sumber gambar: Iman Abdul Rahim

Untuk korang yang baru pertama kali nak cuba pakai, sebaiknya mula pakai exfoliating acid paling rendah. Seperti contoh The Ordinary Peeling Solution, ada sesetengah kulit remaja akan sesuai dan ada sesetengah tidak. Jadi, kalau korang cuba dan kulit mula breakout adalah disarankan untuk hentikan pemakaiannya. Tak semestinya sesuai dengan kulit kawan kita, ia akan sesuai dengan kulit kita.

Punca produk itu buat kita breakout tidak kerana kualitinya tak bagus, tetapi mungkin cara pemakaian kita salah.  The Ordinary Peeling Solution mengandung 30% AHA dan 2% BHA yang mana ia cukup tinggi. Jadi disebabkan ia agak timggi, maka ada sesetengah remaja mungkin tak sesuai. Pemakaian produk dengan active ingredients yang tinggi tersebut akan berisiko masalah kulit seperti breakout. 

Oleh itu, remaja lebih disarankan untuk menggunakan exfoliating acid yang jauh lebih rendah seperti pada produk Some By Mi AHA, BHA, PHA, Somethinc AHA BHA PHA Peeling Solution, atau Benton Aloe BHA Skin Toner. Menggunakan skincare dengan exfoliating acid yang rendah berfungsi sebagai introduction untuk kulit sehingga kulit kita adapt dengannya. Di samping itu, kulit remaja masih muda jadi kita guna yang mild dulu untuk bagi ia biasa.

BANYAK MANA NAK PAKAI?

kanda. on Twitter: "Untuk Chemical Exfoliater, mana-mana Hydroxy ...
Sumber gambar: Twitter @Kanda_aziz

Bagi remaja, sangat penting untuk tahu kulit kita perlukan banyak mana nak pakai kandungan active ingredients. Untuk skincare dengan exfoliating acid di atas 1% disarankan untuk dipakai secara intermitten (selang hari) atau boleh juga hanya satu kali dalam seminggu tergantung seberapa tinggi kandungannya. Perkara ini untuk beri masa pada kulit untuk melakukan proses regenerasi sel kulit secara semula jadi. Dan untuk penggunaan chemical exfoliator yang lebih rendah di bawah 1%, korang boleh pakai setiap hari.

Apa pun jenis produk yang korang pakai, make sure buat research sama ada ia sesuai atau tidak untuk jenis kulit masing-masing. Ingat, tak semestinya lagi mahal, lagi bagus.. kulit kita tahu apa yang ia perlu.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Alasan Yang Biasa Digunakan Bila Tak Habis Makanan

Sebab Lagu ‘Filter’, Jimin BTS Kini Laku Di India